suria

Kulit wajah jadi kecaman netizen, Sera Melissa kecil hati kena kutuk

Sera akui berasa kecil hati apabila penampilannya dikritik di media sosial.

KEMUNCULAN pelakon Sera Melissa menerusi drama Hilang Dalam Rindu mendapat kritikan sesetengah pihak gara-gara perubahan pada wajahnya. 

Menjelaskan hal berkenaan, kata Sera, 26, dia mengalamai masalah ekzema ketika proses penggambaran sedang dijalankan. 

Tempoh penggambaran yang telalu panjang juga memberi kesan terhadap wajahnya disebabkan masalah tersebut datang secara tiba-tiba. 

Sera menerima kecaman gara-gara masalah kulit yang dialaminya.

"Sebenarnya pada waktu itu saya mengalami ekzema tapi sebagai pelakon kita tiada alasan. Apa pun terjadi saya tetap kena terus bekerja. 

"Dari situ saya kena belajar dari kesilapan untuk menjaga kulit dan kesihatan. Saya dah pergi klinik kulit pun. Bila tengok depan-depan mungkin kulit saya tidaklah seteruk itu. 

"Penggambaran drama kami pun ambil masa berbulan lamanya. Ekzema saya pula jenis datang dan pergi. Ini pun memang pertama kali saya kena ekzema. Bila pergi klinik baru saya tahu apa pantang yang perlu dilakukan,” katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wajah disamakan dengan Lisa Blackpink, Tracie Sinidol terkejut... “Saya biasa saja, jauh betul kalau nak dibandingkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff akui perubahan wajah buat penampilan lebih teruk, ramai dah tak kenal bila berada di luar

Teruk mendapat kecaman, Sera akui terkesan kerana kutukan yang melampau di sosial media. 

Biarpun begitu, dia tidak sesekali membalas kerana enggan menimbulkan perbalahan lebih teruk dalam kalangan netizen. 

"Netizen sekarang semakin berani, marah karakter yang saya bawa tak mengapa tetapi ada saja yang screenshot dan mengutuk fizikal di media sosial. 

Saya hadap sajalah sebab tak mampu nak buat apa-apa. 

SERA MELISSA 

PELAKON

"Saya pun manusia biasa. Sebagai wanita ada masa kulit kita breakout. Saya kecil hati jugalah tapi saya tak membalas kecaman mereka. 

"Ini sebagai pelajaran buat saya, biar saja perkara itu berlalu sebab nanti orang akan lupa juga," ujarnya. 

Tambah aktres berkenaan, dia tidak mampu untuk menghalang netizen daripada terus bercakap buruk sebaliknya reda dengan perkara yang sudah berlaku.

"Baru saya tahu macam ini rasanya bila dikecam di media sosial. Saya hadap sajalah sebab tak mampu nak buat apa-apa. 

Antara komen yang diterima di media sosial.

"Tapi saya okay saja. Saya elak untuk baca komen-komen negatif ini. Cuma kadang-kadang ada saja yang menyampaikan kepada saya," katanya.

Sebelum ini, terdapat netizen merakamkan foto Sera ketika drama Hilang Dalam Rindu disiarkan di televisyen. 

Individu berkenaan kemudian memuat naik foto di laman Threads dan menghina wajah Sera yang disifatkan sebagai seorang pesakit kronik gara-gara terlalu pucat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain