suria

Sesak nafas jentik hati Radhi OAG berhenti vape - “Dulu makan asap, sekarang makan selawat”

Sudah tiga tahun Radhi menjauhkan diri daripada hisap vape.

PENYANYI Radhi OAG mendedahkan sudah tiga tahun berjaya menjauhkan diri daripada tabiat menghisap vape atau rokok elektronik yang pernah menjadi rutin hariannya. 

Menurut Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 48, perubahan besar itu berlaku selepas dia mengalami sesak nafas yang serius, sekali gus menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

Kejadian itu juga dianggap sebagai petunjuk serta amaran untuk dia mengubah gaya hidup ke arah lebih sihat. 

Sesak nafas titik permulaan Radhi berhenti hisap vape.

“Masa tu saya memang tegar hisap vape. Sampai waktu makan, waktu tidur, bahkan waktu bercakap pun saya hisap vape. 

"Saya anggap vape tu sedap sangat, sampai nak tinggalkan pun sangat susah.

“Saya alami sesak nafas dan rasa itu cubitan daripada Allah sebagai petunjuk supaya berhenti. Memang itu titik perubahan buat saya,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bebas tuduhan pukul bekas isteri, Radhi OAG lega pandangan wanita mula berubah

ARTIKEL BERKAITAN: Radhi OAG bebas pertuduhan serang bekas isteri, peguam pertimbang ambil tindakan balas

Dalam pada itu, Radhi turut menegaskan vape sebenarnya lebih berbahaya berbanding rokok. 

“Vape ini bahaya sangat sebenarnya, lagi teruk daripada rokok. 

"Tengoklah sekarang banyak artikel dan berita yang keluarkan keburukan vape,” ujarnya.

Selawat 'senjata' Radhi untuk tidak kembali menghisap vape.

Dalam usaha untuk kekal kuat dan menjauhi vape, Radhi mendedahkan dia mendapat kekuatan melalui amalan berselawat yang menjadi ‘makanan harian’ baginya.

“Saya dapat kekuatan dengan berselawat. Kira selawat macam jadi makanan harian saya sekarang. 

"Dulu saya makan asap, sekarang saya makan selawat,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain