suria

Bebas tuduhan pukul bekas isteri, Radhi OAG lega pandangan wanita mula berubah

Radhi bersyukur persepsi masyarakat terhadapnya sudah mula berubah.

PENYANYI Radhi OAG meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskannya daripada tuduhan mencederakan bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiril pada April 2022.

Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 48, berkata, keputusan itu memberi nafas baharu buat dirinya selepas tiga tahun berdepan tekanan dan pandangan serong masyarakat.

“Saya anggap sebagai satu hikmah, Allah nak uji. Bayangkan pada awal kes saya digari sampai masuk lokap. Persepsi masyarakat terhadap saya masa itu, ramai fikir saya seorang kaki pukul perempuan.

Radhi dipandang serong masyarakat terutama wanita apabila dituduh memukul isteri.

“Bila keluar rumah, perempuan tengok saya macam 50-50. Tapi bila kes digugurkan, saya rasa bersyukur dan lega sangat. 

“Kalau saya betul-betul pukul, saya akan mengaku sahaja untuk tutup kes,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Mengimbau kembali detik awal pertuduhan, Radhi mengakui kehidupannya cukup terkesan apabila banyak tawaran persembahan terpaksa dibatalkan

Malah perkara tersebut turut memberi kesan kepada kestabilan emosinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Radhi OAG bebas pertuduhan serang bekas isteri, peguam pertimbang ambil tindakan balas

ARTIKEL BERKAITAN: Penyelesaian luar mahkamah gagal, Radhi OAG tak setuju bayar bekas isteri RM300,000

“Masa mula-mula pertuduhan, saya masuk lokap kerana ditahan reman kemudian bila balik banyak persembahan saya dibatalkan.

"Terduduk lama juga. Saya akui mengalami tekanan sampai emosi pun jadi tak stabil.

“Tapi syukur, ada juga sahabat-sahabat dan penganjur yang percaya dan beri saya kerja. Alhamdulillah,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, peguam Radhi iaitu Haziq Aizuddin Subhi memaklumkan anak guamnya dilepas dan dibebaskan selepas Majistret Farah Azura Mohd Saad mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Radhi bersangka baik dengan apa yang berlaku.

Katanya, mahkamah juga memutuskan wang jaminan dikembalikan kerana tiada bukti wujudnya serangan terhadap pengadu.

Selain itu, pihak peguam turut mempertimbangkan untuk mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada bekas isteri Radhi kerana didakwa membuat kenyataan berlebihan yang menjejaskan imej serta periuk nasi penyanyi itu.

Untuk rekod, Radhi mendirikan rumah tangga dengan Shahira pada April 2014 sebelum bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 9, dan Muhammad, 8.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia