suria

Foto suami didakwa guna ‘filter’ untuk nampak muda, Intan Najuwa ‘sound’ netizen sibuk cari salah

Intan bengang dengan netizen yang tidak habis-habis mencari kesalahannya.

PELAKON Datin Intan Najuwa bengang apabila ada segelintir netizen tidak henti mencari salah tentang dirinya yang seolah-olah mengganggu hidup orang lain.

Kata Intan, 28, dia pelik dengan sikap sesetengah individu yang terlalu sibuk menilai orang lain sedangkan perkara itu tak memberi faedah dalam hidup mereka.

“Nak edit muka jadi bujurlah, segi tigalah, macam alien ke... pakai filter 10 inci pun, itu hak masing-masing. Asalkan tak kacau hidup orang lain.

Intan tegur sikap netizen yang asyik mencari kesalahannya.

“Ada yang sampai sanggup zoom in cari satu-satu kekurangan... serius kalian memang tak ada kerja,” katanya.

Intan berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Threads miliknya pada Khamis.

Bercerita lanjut, Intan juga menegaskan setiap manusia berhak kelihatan cantik dalam foto. 

“Gambar kita, tapi dia pula yang sakit hati. Semua orang nak nampak elok dalam gambar sebab itu memori... bukan untuk korang simpan dendam,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah buat kerja rumah sejak berkahwin, suami manjakan Intan Najuwa seperti puteri

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa tiada niat nak ‘show off’ di media sosial, tak kecil hati kecaman netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Intan dan turut kecewa dengan budaya suka mengecam dalam media sosial.

“Hidup masing-masinglah... Kalau dia nak guna filter pun, dosa bukan kita tanggung.

“Kita setuju dengan Intan, kadang-kadang orang ni tiada kerja kemudian sibuk nak cari salah orang lain sampai lupa dia sendiri banyak kesalahan.

"Orang yang selalu cari salah orang ini selalunya tak bahagia. Insecure dengan orang lain," tulis netizen.

Netizen dakwa Intan guna filter untuk nampakkan suaminya kelihatan lebih muda.

Sebelum ini, suami Intan iaitu usahawan Datuk Ahmad Azraf Azman menjadi perhatian apabila fotonya didakwa telah disunting untuk kelihatan lebih muda. 

Isu tersebut sekali lagi membuka ruang kritikan terhadap Intan yang nyata tidak berdiam diri apabila terus-menerus menjadi sasaran kecaman segelintir netizen.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Intan jadi sasaran netizen. Sebelum ini, gaya hidup mewah serta penampilannya juga pernah dipersoalkan segelintir pihak yang kurang senang dengan caranya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia