suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pernah buat kerja rumah sejak berkahwin, suami manjakan Intan Najuwa seperti puteri

Intan dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan kedua.

SEMPENA sambutan ulang tahun perkahwinan, pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi kata-kata romantis sebagai tanda syukur bergelar seorang isteri, 

Bertemu jodoh dengan seorang lelaki bertanggungjawab, Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, juga memberitahu suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman tidak pernah membenarkan dia melakukan kerja-kerja di rumah. 

"Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang kedua buat cinta hati saya (suami). Dari hari pertama sehingga sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah, awak tak pernah buat saya rasa risau tentang perkara-perkara kecil," katanya. 

Intan (kiri) dan suami bahagia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. 

Dalam pada itu, Intan memberitahu dia juga sering dimanjakan oleh suami, selain dilayan seperti serang puteri. 

Kata Intan, kehadiran anak perempuannya iaitu Imane Lunara turut menjadi kekuatan bukti cinta mereka berdua.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa tiada niat nak ‘show off’ di media sosial, tak kecil hati kecaman netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa ada ‘anxiety’ teruk, takut bawa anak keluar naik kereta atau kapal terbang… “Saya paranoid melampau”

"Awak manjakan saya, lindungi saya dan sayang saya bagaikan seorang puteri. Dan sekarang anak perempuan kita, Lunara buktikan cinta kita lebih sempurna. 

"Saya suka kehidupan bersama awak," ujarnya. 

Menerusi beberapa hantran di sosial media, Intan bersama suami dan anak mereka dilihat kini sedang menikmati percutian di kota London. 

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain