suria

[V] Wajah disamakan dengan Lisa Blackpink, Tracie Sinidol terkejut... “Saya biasa saja, jauh betul kalau nak dibandingkan”

PELAKON Tracie Sinidol tampil memberi respons terhadap komen netizen yang mendakwa wajahnya seiras dengan ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa Manoban. 

Kata Tracie, 24, dia juga terkejut menerima maklum balas daripada netizen selepas menukar gaya rambut potongan 'bangs'. 

Namun menurut Tracie, dia langsung tidak menyangka akan dibandingkan dengan Lisa dan menganggap kenyataan tersebut agak berlebihan. 

Tracie terkejut dikatakan seiras Lisa.

"Jauh betul kalau nak disamakan dengan Lisa. Saya biasa saja, tapi saya ambil daripada sisi positif sahaja. 

"Bila orang cakap macam Lisa, saya pun terkejut. Mungkin sebab gaya rambut potongan 'bang' ini. 

"Memanglah ada orang cakap saya nampak macam Lisa, ingatkan satu dua komen saja tapi ramai pula yang cakap sampai saya lihat semula video saya," katanya kepada mStar

ARTIKEL BERKAITAN: Lesung pipit pun sama! Mira Filzah anggap Tracie Sinidol ’kembar’ terpisah, peminat puji dua-dua jelita

ARTIKEL BERKAITAN: Gugur air mata Tracie Sinidol cerita kepayahan jadi anak perantau, berita kehilangan nenek paling menyakitkan

Tracie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam finale drama Hilang Dalam Rindu yang diadakan di Arina Skyview, Kuala Lumpur pada malam Rabu. 

Dalam pada itu, Tracie memberitahu perubahan gaya rambut itu tidak dirancang sebaliknya dilakukan demi menjayakan watak dalam filem terbaharu lakonannya.

"Sebenarnya ini kali pertama saya buat gaya rambut potongan 'bangs' sebab terlibat dalam penggambaran filem baharu. Itu sebab saya ubah gaya rambut baru. 

Jauh betul kalau nak disamakan dengan Lisa. Saya biasa saja.

TRACIE SINIDOL

PELAKON

"Kalau bukan untuk watak saya takkan tukar gaya rambut ini, susah juga nak uruskan. Perlu sentiasa kemas," ujarnya. 

Tracie bagaimanapun tidak menolak kemungkinan gaya rambut dan bentuk muka yang hampir sama menyebabkan netizen membuat perbandingan tersebut. 

"Saya rasa komen-komen netizen itu seperti satu pujian apabila disamakan dengan Lisa. Tapi saya rasa gaya rambut saja yang sama," katanya. 

Tracie mengambil sisi positif daripada setiap pujian yang diterima.

Sebelum ini, Tracie mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan gaya rambut baharu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya. 

Gaya tersebut menampakkan perubahan ketara pada penampilan Tracie sehingga ramai mula menyamakan wajah aktres berkenaan seperti Lisa Blackpink.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain