Setiap penghuni rumah sewa sewajarnya saling menghormati hak masing-masing selain menjaga kebersihan bersama-sama. -Gambar hiasan AI
TINGGAL menyewa di bawah satu bumbung sememangnya memerlukan sikap bertolak ansur, saling menghormati dan paling penting sama-sama menjaga kebersihan rumah meskipun masing-masing mempunyai latar belakang dan rutin berbeza.Namun tidak dinafikan, wujud segelintir individu yang mengambil remeh soal kebersihan sehingga menjejaskan keselesaan penghuni lain. Itulah situasi yang terpaksa dilalui seorang wanita apabila rakan serumahnya bersikap pengotor sehingga membuatkan dirinya hilang sabar. "Housemate aku pergi masukkan spender yang dia rendam dalam air sabun berhari-hari dekat dalam mesin basuh yang ada baju tengah basuh. Dia cakap, nak basuh juga kan.Hidup bersama rakan serumah menuntut sikap saling bertolak ansur agar keselesaan setiap penghuni sentiasa terpelihara. -Gambar hiasan AI"Sumpah bau spender dia tu bau kain yang dah terendam lama tak basuh. Lepas tu pusing sekali dengan baju aku dalam tu. "Aku ni nak solat tau. Kau tanggung la eh kalau tak sah. Baju aku macam bau hancing campur bau kain lama," luahnya. Menurut wanita itu, kejadian berkenaan bukanlah kali pertama berlaku, malah sudah berulang kali dilakukan oleh rakan serumah terbabit."Dah banyak kali. Kadang tu dia rendam spender dia. Dia bilas. Lepas tu air sabun tu dia guna balik sebab dia kata air sabun mana kotor... elok lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Mandi lama-lama waktu orang kalut nak pergi kelas... Siswi ini hilang sabar, terus ‘sembur’ rakan serumah dalam grup WhatsAppARTIKEL BERKAITAN: Pendiam tapi pengotor! Pemuda bengang rakan serumah berubah watak, malas cuci pinggan - “Dah bertingkat macam bufet”"Belum lagi tahi dia atas lantai weh. Sebab tandas duduk. Lepas tu dia cebok atas lantai. Dia tak mengaku," kongsinya lagi dalam hantaran di Threads. Lebih mengecewakan, wanita itu berkata dia dan rakan serumah yang lain sudah beberapa kali menyuarakan perkara itu kepada tuan rumah dengan harapan tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menyelesaikan masalah berkenaan.Bagaimanapun ujarnya, tuan rumah juga tidak mampu melakukan apa-apa kerana rakan serumahnya itu enggan berpindah."Tuan rumah pun dah banyak kali marah sampai give up suruh dia keluar. Dia tak nak weh. Dia cakap orang lain tak suka dia, kenapa dia kena keluar?Seorang wanita tidak puas hati terhadap sikap pengotor rakan serumahnya.Rakan serumahnya didakwa mencampurkan seluar dalam yang direndam berhari-hari ke dalam mesin basuh bersama pakaian penghuni lain.Dia mendakwa rakan serumahnya menggunakan semula air sabun dan mengotorkan lantai tandas.Aduan sudah beberapa kali dibuat kepada tuan rumah, namun rakan serumah berkenaan enggan berpindah.Netizen mencadangkan supaya wanita itu dan penghuni lain lebih bertegas.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bilik sewa kami kontrak setahun. Jadi kalau keluar nanti burn deposit. Jadi masing-masing memang tunggu habiskan kontrak," luahnya lagi. Di ruangan komen, rata-rata warga maya mencadangkan supaya wanita itu dan rakan serumah yang lain lebih bertegas dalam menyuarakan ketidakpuasan hati, selain meminta tuan rumah mengambil tindakan lebih serius terhadap penyewa terbabit."Loyanya... kebersihan asas pun tak jaga. Kalau saya, duduk standby depan mesin basuh jangan bagi dia campur baju dia."Kalau saya dekat tempat awak, memang dah mengamuk dah. Kita pula jenis tak boleh tengok benda kotor macam ni," komen netizen.