suria

Pendiam tapi pengotor! Pemuda bengang rakan serumah berubah watak, malas cuci pinggan - “Dah bertingkat macam bufet”

Antara masalah golongan penyewa ialah mempunyai rakan serumah pengotor. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila terpaksa berdepan sikap pengotor rakan serumah.

Pemuda itu mengakui dia mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sewa berkenaan bagi menjimatkan kos sara hidup, namun apa yang berlaku berlaku cukup mengecewakan.

Dia sama sekali tidak menyangka perwatakan rakan serumah yang pada awalnya kelihatan sangat pembersih tiba-tiba bertukar watak selepas beberapa hari menetap bersama.

Terdapat segelintir individu boleh hidup dalam keadaan rumah tidak dikemas. -Gambar hiasan AI

Terdapat segelintir individu boleh hidup dalam keadaan rumah tidak dikemas. -Gambar hiasan AI

"First impression dia ni nampak okay. Pendiam dan kerja shif malam. Aku pun jenis tak kisah orang asalkan tak menganggu.

"Minggu pertama segalanya nampak lancar, masuk minggu kedua aku mula perasan sesuatu dekat dapur," luahnya.

Pemuda itu menyedari terdapat longgokan pinggan mangkuk tidak dibasuh di dalam sinki dapur.

"Mula-mula dua, tiga pinggan je dalam sinki. Aku abaikan je. Tapi hari demi hari makin bertambah.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 bulan tahan marah 'housemate' guna barang dapur tanpa izin, takut nak tegur sebab gempal - “Patut gemuk makan benda haram”

ARTIKEL BERKAITAN: Menantu ‘rampas’ rumah sewa, halau penyewa tanpa persetujuan bapa mentua... Rupanya rancang nak tinggal secara percuma!

"Sampai satu tahap, pinggan bertingkat macam bufet. Air dalam sinki pun dah keruh," katanya geram.

Tambahnya, terdapat juga cawan kopi yang dipercayai tidak dicuci lebih seminggu dan sehingga terdapat bau busuk memenuhi ruang rumah.

"Pada suatu malam tu aku balik kerja buka pintu je terus diserang bau busuk. Bukan bau sampah biasa, macam makanan basi campur sesuatu yang 'hidup'.

"Aku pergi dapur, tengok sinki dah penuh sampai air tak jalan. Ada benda terapung, aku sendiri tak pasti apa benda tu," katanya.

  • Pemuda kecewa dengan sikap pengotor rakan serumah baharu.
  • Pinggan mangkuk dibiarkan bertimbun hingga air sinki keruh.
  • Bau busuk mula memenuhi rumah, siap ada benda terapung dalam sinki.
  • Teguran tidak diendahkan, keadaan semakin teruk dengan kehadiran lalat.
  • Akhirnya dia terpaksa membersihkan dapur sendiri, walaupun berang.

Dia yang tidak tahan dengan keadaan itu kemudian menegur rakan serumahnya menerusi mesej, namun tidak mendapat tindakan segera.

"Dia jawab nanti je, tapi tak jadi apa-apa pun. Esoknya lagi teruk siap ada lalat dah mula terbang.

"Aku terpaksa basuh semua sendiri. Dalam hati memang dah panas," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang pernah berdepan situasi yang sama hingga membuatkan mereka menyewa bersendirian.

"Sebab macam ni la aku suka menyewa seorang. Biar aku jadi penyewa utama, lepas tu cari penyewa bilik. Agak tak okey aku halau je.

"Dulu masa duduk menyewa aku letak notis basuh namun tak diendahkan. Jadi semua pinggang aku letak dalam tong sampah," komen warga maya.

Artikel Lain