suria

Sebak dengar luahan anak muda gagal temu duga kerja akibat tak faham bahasa Inggeris... Menyesal kerap ponteng sekolah

Setiap calon perlu melepasi ujian temuduga yang diberikan syarikat. -Gambar hiasan AI

SEKUMPULAN anak muda meluahkan rasa kesal apabila hasrat untuk mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat musnah sekelip mata disebabkan syarat minimum iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditetapkan tidak dipenuhi.

Kisah sayu mereka dikongsikan seorang kakitangan syarikat terbabit yang secara tidak sengaja mendengar keluhan mereka setelah menghadiri sesi temu duga.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini dia terserempak dengan kelompok belia terbabit ketika sedang mengambil pesanan makanan di pondok pengawal.

"Aku nak pergi ambil makanan dekat guard house dan ternampak sekumpulan lelaki muda dan perempuan dalam 20 orang.

Lazimnya, ujian temuduga dijalankan dalam bahasa Inggeris. -Gambar hiasan AI

Lazimnya, ujian temu duga dijalankan dalam bahasa Inggeris. -Gambar hiasan AI

"Aku tanyalah sama ada mereka datang temu duga ke sebab tahu syarikat ada buka peluang pekerjaan, tapi jawapan mereka buat aku sebak," kongsinya di Thread.

Menjelaskan situasi yang berlaku, ujarnya, permohonan kumpulan anak muda terbabit ditolak disebabkan mereka gagal dalam ujian yang diberikan.

Malah katanya, kebanyakan calon mengakui tidak memahami bahasa Inggeris berikutan ujian dibuat dalam bahasa asing tersebut.

"Mereka cakap datang temu duga tapi gagal dekat ujian, katanya... payah kak, kami tak faham orang putih walaupun ada translate bahasa Melayu kat bawah tu.

  • Sekumpulan belia gagal temu duga kerja di kawasan industri.
  • Tersingkir kerana tak faham Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Ada yang menyesal pernah ponteng sekolah dulu.
  • Wanita beri semangat dan nasihat cuba tempat lain.
  • Netizen tekankan kepentingan SPM dan ilmu asas.

"Dengan soalan matematik lagi, susah kak," ujarnya mengimbau perbualan dengan kelompok berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila dia menyatakan, terdapat seorang pemuda yang meluahkan rasa kesal kerana selalu ponteng sekolah sehingga menyebabkannya tidak berjaya dalam peperiksaan SPM.

"Aku terdengarlah seorang daripada mereka cakap... menyesal aku selalu ponteng sekolah dulu, sekarang semua nak SPM," tambahnya berkongsi pengakuan belia terbabit.

Turut bersimpati dengan nasib mereka, wanita ini kemudiannya memberi kata-kata semangat dan meminta mereka cuba mendapatkan pekerjaan di tempat lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin sebab kau gemuk” - Banyak kali pergi ‘interview’ tapi gagal, bapa suruh anak kuruskan badan sebelum minta kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Belum sempat masuk bilik temu duga, calon kena ‘reject’ sebab asal Kelantan... Bakal bos terjerit-jerit marah ejen cari kerja!

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya. 

Rata-ratanya bersimpati namun bersetuju bahawa ilmu asas seperti bahasa Inggeris dan Matematik adalah sangat penting dalam dunia pekerjaan hari ini.

"Boleh ambil SPM ulangan dan fokus pada subjek teras bahasa Melayu serta Sejarah, pastikan lulus.

"Saya ada seorang pekerja yang bagus tapi tak boleh nak naikkan pangkat sebab tak ada SPM," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain