suria

Mak ‘histeria’ anak gadis 16 tahun baru balik kelas tuisyen mengaku hamil... Rupanya ada tragedi dengan lelaki dalam bas!

Seorang ibu amat menitik berat kesucian anak gadis mereka. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berkongsi pengalaman lucu namun mendebarkan yang dilaluinya ketika masih di bangku sekolah, berpunca daripada salah faham mengenai proses kehamilan.

Menurutnya, dia hanya mengalami haid ketika di tingkatan empat, menyebabkan pengetahuannya tentang perubahan tubuh agak terbatas ketika di sekolah rendah.

Malah, disebabkan dia satu-satunya anak perempuan dalam keluarga maka tempat rujukan banyak bergantung kepada lima abangnya.

Gurauan dalam keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang. -Gambar hiasan AI

Gurauan dalam keluarga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang. -Gambar hiasan AI

"Aku teringat masa darjah enam, abang-abang aku selalu pesan jangan sesekali dekat dengan lelaki. 

"Alasan mereka apabila kulit aku bersentuh dengan kulit lelaki, aku boleh mengandung," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat sekali je, tak sangka pregnant” - Doktor terkedu dengar jawapan remaja hamil luar nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Rajin 'study group', pergi ke mana-mana semua dihantar... Luluh hati ibu anak gadis dijaga baik sah hamil

Jadi, apabila wanita itu datang haid pada usia 16 tahun pesanan itu kekal dalam ingatannnya hinggalah berlaku suatu kejadian yang dianggapnya menakutkan.

"Suatu hari, aku naik bas pergi tuisyen. Bas tu penuh, masa brek mengejut aku terhempap kat atas seorang remaja lelaki.

"Balik tu aku menangis, aku beritahu mak yang aku ni mengandung," katanya.

Menurutnya, pengakuan itu mencetuskan suasana panik dalam rumah apabila ibunya turut menangis tanpa henti.

"Satu rumah macam dilanda ribut. Habis langsir terbuka, tudung saji kat dapur terpelanting sebab mak aku menangis macam orang histeria," katanya.

  • Wanita sangka sentuhan dengan lelaki boleh menyebabkan kehamilan.
  • Insiden dalam bas buat dia panik dan mengaku ‘mengandung’ kepada ibu.
  • Keluarga cemas sebelum abang jelaskan situasi sebenar.
  • Kisah berpunca daripada nasihat abang yang disalah tafsir sejak kecil.
  • Perkongsian jadi perhatian, serlah kepentingan pendidikan kesihatan.

Tambahnya, lima abangnya kemudian menuntut penjelasan bagaimana adik mereka boleh mengandung.

"Aku cerita semula apa yang berlaku dalam bas tu. Abang kemudian tepuk kepala aku kuat-kuat dan pergi jelaskan dekat mak.

"Abang-abang aku pakat gelak sekuat hati, mak aku berhenti menangis dan pukul abang aku balik," katanya.

Dia beranggapan kesemua abangnya itu mungkin berniat untuk melindunginya daripada melakukan perkara tidak senonoh dan memberi nasihat sedemikian sejak dia kecil.

Perkongsian wanita itu susulan hantaran seorang penceramah wanita yang menerima soalan daripada murid perempuan berkaitan kehamilan.

"Hari ni tajuk ceramah saya tentang baligh, tiba-tiba dapat soalan macam ni. Ustazah, kalau keluar darah haid dan kita sentuh lelaki boleh mengandung ke?," kongsi penceramah tersebut.

Artikel Lain