SEORANG doktor berkongsi pengalaman berdepan seorang remaja perempuan berusia belasan tahun yang hadir ke klinik untuk menjalani pemeriksaan kehamilan.
Menurut doktor berkenaan, pemeriksaan imbasan mengesahkan remaja tersebut sememangnya hamil.
Katanya, gadis tersebut tidak bersendirian sebaliknya dia ditemani ibu serta keluarga teman lelaki.
Mana-mana ibu akan kecewa apabila anak melakukan sesuatu yang dilarang agama. -Gambar hiasan AI
"Ketika itu, suasana di dalam bilik pemeriksaan sunyi hanya mak dan bakal mak mentua berada bersama budak perempuan tu.
"Mak dia cakap tak sangka ye kakak boleh pregnant, sedangkan nak pergi mana-mana semua mak hantar siang malam pergi tuisyen naik motor," kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong, saya takut” - Gadis gelabah hamil luar nikah, ramai suruh terus buka buku pink
ARTIKEL BERKAITAN: “Mata jangan sampai naik putih!” - Ibu hamil datang KK buka buku ‘pink’ kali ketiga dimalukan jururawat, gurau lucah tak bertempat
Menurut doktor itu, ibu remaja berkenaan turut meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui anaknya sering memberi alasan menghadiri ‘study group’, namun menjalinkan hubungan dengan teman lelaki sehingga mengandung.
"Mak dia luah cakap ada study group rupanya buat hal dengan boyfriend sampai mengandung.
"Kedua-dua keluarga diam termenung di sudut klinik berbincang tindakan berikutnya iaitu menikahkan kedua-dua mereka," katanya.
- Remaja belasan tahun disahkan hamil.
- Hadir ke klinik bersama ibu dan keluarga teman lelaki.
- Ibu terkejut, sangka anak ke tuisyen.
- ‘Study group’ rupanya berhubung dengan boyfriend.
- Keluarga bincang langkah seterusnya.
Perkongsian doktor itu membuatkan netizen berasa simpati kepada keluarga remaja perempuan serta famili teman lelaki yang terpaksa menanggung malu atas perbuatan mereka.
"Mencabarnya membesarkan anak-anak zaman sekarang. Baik anak perempuan atau lelaki, kedua-duanya ada cabaran.
"Terasa hancur luluh hati mak dia, betapa besar harapan keluarga," antara komen netizen.


