suria

Anak tuan rumah marah geng rewang bungkus lauk, jual telur rebus tak habis lepas majlis... Kenduri seterusnya kena boikot

Tradisi rewang masih 'hidup' di kebanyakan kampung setiap kali berlangsungnya kenduri. -Gambar hiasan AI

DI kebanyakan kampung, tradisi rewang telah lama menjadi amalan masyarakat sebagai tanda kerjasama dan semangat kejiranan. 

Setiap kali berlangsungnya majlis kenduri khususnya perkahwinan, penduduk setempat akan berganding bahu membantu memasang khemah, menyediakan hidangan dan sebagainya bermula seawal pagi sehingga majlis berakhir.

Sebagai tanda penghargaan atas tenaga dan masa yang dicurahkan, tuan rumah lazimnya akan memberikan sedikit lauk kenduri kepada tetangga yang terlibat membantu 'acara' rewang sepanjang majlis.

Dalam perkongsian di laman Threads, seorang individu tampil berkongsi satu kisah yang berlaku di kampungnya ketika majlis perkahwinan anak seorang jiran, untuk dijadikan teladan.  

Salah satu keunikan di kampung adalah tradisi rewang di mana jiran tetangga hadir membantu persiapan kenduri. -Gambar hiasan AI

"Dulu-dulu kalau ada kenduri, tak pakai katering... tapi semua orang kampung pakat-pakat tolong masak lauk-pauk, dari pagi sampailah habis majlis. 

"Tapi masing-masing akan dapat setiap jenis lauk tuan rumah bagi. Tanda terima kasih sebab tolong. Dah jadi adat dekat situ. 

"Ada satu jiran aku ni, anak dia kahwin. Macam biasa orang kampung tolong masak. Tak dapat upah duit ye, semua free," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu tapau lauk kenduri sampai 5 jenis, siap buat status ‘hari ni cuti masak’! Tuan rumah tanggung malu makanan tak cukup

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu tamak, ambil ‘food’ membukit tapi tak habis! Ramai setuju tuan rumah ‘catu’ lauk, dessert kenduri

Menurutnya, seperti kelaziman, ketika kenduri hampir selesai, jiran-jiran yang terlibat merewang akan membungkus lebihan lauk kenduri untuk dibawa pulang. 

Namun ujarnya, tindakan tersebut tidak disenangi salah seorang anak kepada tuan rumah.  

  • Seorang individu berkongsi kisah rewang kenduri di kampungnya.

  • Ketika majlis perkahwinan anak jirannya, para tetangga yang merewang membungkus lebihan lauk seperti kebiasaan.

  • Mereka dimarahi oleh anak tuan rumah kerana bimbang lauk tak cukup.

  • Akibatnya masih terdapat makanan tidak habis selepas majlis selesai.

  • Selepas kejadian, penduduk kampung tidak lagi datang merewang apabila jiran berkenaan mengadakan kenduri.

"Tak lama tu anak jiran ni datang sound marah-semarahnya termasuk mak aku yang tolong masak tu, sebab bungkus lauk.

"Dia cakap nanti tak cukuplah, apa lah... Lepas majlis tu, banyak telur rebus tak habis, lepas tu diaorang pergi jual telur rebus tu. 

"Lauk pauk yang tak habis tu diaorang beri dekat orang kampung tapi mak aku tak ambil pun. Sejak kejadian tu, tak ada dah orang datang tolong kalau anak-anak jiran tu kahwin," tulisnya.

Di ruangan komen, warga maya meluahkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Sebahagian reaksi warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

Rata-ratanya mengecam sikap pihak tuan rumah yang disifatkan gagal menghargai jasa dan pengorbanan penduduk kampung.

"Amboi orang penat badan tolong masak kenduri alih-alih kena maki pula.

"Selalunya tuan rumah ni dah anggar siap-siap berapa banyak nak masak, untuk tetamu dan untuk orang-orang dapur sekali. 

"Kalau habis sungguh walaupun dah masuk lauk emergency, dekat kampung-kampung standby buat bihun goreng pula," antara komen netizen. 

Artikel Lain