suria

Tak pernah dirai, dihargai... Lelaki puji ibu bapa moden terlibat hal anak di sekolah - "Tokoh akademik, sukan tahap kebangsaan tak siapa peduli"

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam tumbesaran anak-anak. -Gambar hiasan AI

SOKONGAN ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk keyakinan dan emosi anak-anak sejak kecil.

Di Thread, seorang individu meluahkan rasa terharu melihat sikap ibu bapa masa kini yang sanggup meluangkan masa bagi melibatkan diri dalam apa sahaja aktiviti anak-anak di sekolah.

"Bagus ibu bapa masa kini, hari anugerah kecemerlangan anak pun datang, ada yang siap buat senarai dan kongsikan pencapaian anak," ujarnya.

Kehadiran ibu bapa pada majlis anugerah akan membuatkan anak-anak berasa lebih dihargai. -Gambar hiasan AI

Kehadiran ibu bapa pada majlis anugerah akan membuatkan anak-anak berasa lebih dihargai. -Gambar hiasan AI

Menurut lelaki ini, situasi itu mengimbau kembali pengalaman peribadinya ketika berada di zaman persekolahan apabila dia pernah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) termasuk dinobatkan sebagai tokoh akademik dan tokoh kokurikulum.

Namun katanya, pada masa itu dia tidak diraikan oleh sesiapa pun termasuk ibu dan bapanya.

"Aku dulu UPSR 5A, tokoh kokurikulum, tokoh akademik tapi tiada siapa pun datang tengok.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sayang anak lelaki, gadis azam tak nak jadi macam ibu! Kepulangan tak dirai, malah ‘disambut’ lauk basi atas meja

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu cemas surat anak dapat anugerah tertinggal di kelas, gigih patah balik ke sekolah... Tapi terkilan lepas baca isi kandungan

"Main sukan sampai tahap kebangsaan pun tiada yang ambil peduli," luahnya yang seolah-olah terkilan dengan situasi yang dilalui dahulu.

Terkenangkan pengalaman lalu, dia memuji usaha ibu bapa masa kini yang dilihat lebih peka dan menghargai setiap usaha serta pencapaian anak-anak, walaupun kecil pada pandangan orang lain.

  • Lelaki terharu lihat ibu bapa masa kini aktif hadir aktiviti sekolah anak.
  • Katanya ibu bapa siap kongsi dan raikan pencapaian anak.
  • Imbas zaman sekolah, dia cemerlang UPSR dan kokurikulum.
  • Namun tiada sokongan atau kehadiran ibu bapa ketika itu.
  • Netizen setuju sokongan ibu bapa beri kesan besar hingga dewasa.

"Jadilah sistem sokongan yang baik untuk anak-anak. Percayalah, momen sebegitu akan mereka hargai apabila dewasa nanti," tambahnya.

Perkongsiannya itu mendapat sokongan ramai netizen yang bersetuju bahawa kehadiran dan penghargaan ibu bapa mampu meninggalkan kesan mendalam dalam kehidupan serta memori anak-anak.

Netizen turut berkongsi pengalaman mereka.

Netizen turut berkongsi pengalaman mereka.

"Apabila anak masuk sekolah, kami tetapkan setiap aktiviti sekolah anak wajib dihadiri.

"Ibu bapa dulu-dulu, mereka ada kekangan sendiri dan di tahap kehidupan sendiri yang tidak boleh disamakan dengan cara serta mentaliti sekarang.

"Ibu ayah aku pun tak pernah datang sebab mak aku suri rumah yang sibuk jaga adik-adik dan tak reti memandu," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain