suria

Isteri dalam tandas, suami sergah pondan masuk tandas wanita - "Bangang sampai tak kenal jantina sendiri"

Ramai meluahkan kebimbangan berhubung penggunaan tandas wanita oleh golongan transgender. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki meluahkan kebimbangan selepas melihat tindakan sekumpulan golongan transgender tanpa segan silu menggunakan tandas awam khusus untuk wanita.

Menurutnya, situasi tersebut berlaku di sebuah stesen minyak.

"Isteri aku masuk tandas, aku pun tunggu kat luar. Tiba-tiba dua orang lelaki berpakaian wanita nak masuk tandas perempuan yang isteri aku ada kat dalam.

Tandas awam disediakan mengikut jantina. -Gambar hiasan

Tandas awam disediakan mengikut jantina. -Gambar hiasan

"Aku terus cakap isteri aku ada kat dalam, jangan masuk, kalau nak buang hajat pergi tandas lelaki tak payah bangang sangat sampai tak kenal jantina sendiri," ujarnya berkongsi pengalaman di Thread.

Susulan teguran yang diberikan, dua individu tersebut memandangnya seolah-olah berasa tidak puas hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak rantau sedih tabiat orang Kelantan di takuk lama... Sampah merata, kedai makan kotor! - “Muka lawa-lawa tapi tandas tak jaga”

ARTIKEL BERKAITAN: Staf kedai mamak tak acuh aduan tandas kotor, siap 'menjawab'... Kecut perut digertak pemuda mengaku 'orang DBKL'

Namun dia menzahirkan rasa syukur apabila kedua-dua individu tersebut berlalu pergi meskipun mengomel dalam bahasa Thailand.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan kebimbangan apabila memikirkan tandas awam kini sudah tidak selamat bagi kaum wanita.

  • Lelaki bimbang golongan pondan masuk tandas wanita di stesen minyak.
  • Dia menegur dua individu berpakaian wanita, mereka marah tapi berlalu pergi.
  • Pengadu rasa tandas awam kini tidak selamat untuk wanita.
  • Netizen setuju pengurusan tandas perlu tegas demi keselamatan.
  • Ramai nasihat wanita bersedia menjerit jika situasi sama berlaku.

"Apa punya s**l Malaysia sekarang ni, masuk tandas pun dah tak selamat untuk orang perempuan.

"Lelaki pun boleh jadi juga tak selamat," tambahnya yang enggan mendedahkan lokasi kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi netizen, dengan ramai bersetuju bahawa pengurusan tandas awam perlu mengambil langkah lebih tegas bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pengguna, terutama wanita.

"Takutlah, macam mana kalau yang masuk tu pura-pura pondan tapi sebenarnya dia lelaki?

"Satu masalah keselamatan, satu lagi masalah aurat... perkara ni boleh jadi serius.

"Orang perempuan sila biasakan diri untuk menjerit kuat-kuat apabila ada pondan masuk tandas wanita," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain