suria

Dulu anti staf MC, kini pengurus HR terima kifarah... Setahun sakit belakang tak sembuh - “Aniaya orang, Allah bayar cash”

Ada segelintir pekerja yang sanggup menipu demi mendapatkan MC. -Gambar hiasan

DALAM dunia pekerjaan, mereka yang kerap mengambil cuti sakit atau MC sering kali dilabel sebagai pemalas, penipu atau sengaja mengelak daripada tanggungjawab.

Di TikTok, seorang wanita menarik perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan pengurus sumber manusia di syarikatnya yang sering mempertikaikan cuti sakit pekerja.

Dakwa wanita itu, pengurus berkenaan kini menerima kifarah dan sudah setahun berdepan dengan masalah kesihatan.

Pekerja tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kebaikan majikan. -Gambar hiasan AI

"HR manager aku dulu semua benda tak kena. Sekali Allah nak tunjuk, dia sakit belakang sampai dua bulan. MC on off. Boleh pula dia dapat gaji penuh.

"Kalau orang lain MC, sehari MC pun dia akan call klinik, tanya betul ke tak. Tak cukup 14 hari MC pun ada yang kena tolak gaji. Sampai sekarang dia sakit, dah setahun.

"Jaga-jaga ya, jangan aniaya orang. Allah bayar cash," tulis wanita itu di ruangan komen hantaran TikTok.

  • Wanita kongsi cerita tentang pengurus sumber manusia di syarikatnya.
  • Dia mendakwa pengurus itu sering mempertikai pekerja yang mengambil cuti sakit.
  • Akhirnya pengurus itu sendiri mengalami sakit yang berlarutan sehingga setahun.
  • Ramai netizen turut kongsi pandangan tentang isu MC di TikTok.

Membalas perkongsian itu, seorang lagi wanita turut mendedahkan situasi hampir sama yang berlaku ke atas majikannya.

"Ni betul. Allah bayar cash, saya pernah alami juga. Saya demam empat hari tak datang kerja. Apabila masuk kerja bos perli, dia kata... ingatkan sakit dah nak mati.

"Saya dalam keadaan lemah pergi tandas, menangis. Tak lama lepas tu, dia asyik sakit perut. Rupanya dia kena kanser perut," dedah wanita itu pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kena ugut dilapor ke SISPAA, ibu murid tadika bengang tak dapat MC nak jaga anak demam - “Dia kata aku kejam”

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal ambil akak umur 40-an bekerja! Baru 3 bulan dah 10 kali MC, video call BF sampai habis waktu pejabat

Rata-rata netizen turut meninggalkan pendapat mereka di hantaran tular itu.

"Tiga tahun aku kerja tak pernah MC. Tapi orang yang banyak MC dapat sama kenaikan gaji dengan aku.

"Aku tiap-tiap tahun habiskan limit cuti tahunan (AL) dan MC. 

"MC memang hak pekerja. Tapi kalau kerap sangat, tu dah jadi masalah prestasi," tulis netizen.

Artikel Lain