suria

Wanita baru sedar rupanya dipandang hina apabila hidup susah, saudara-mara perlekeh usaha jual nota budak sekolah

Pendapatan rendah boleh menyebabkan kesukaran dalam memenuhi keperluan asas rumah tangga. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan kesukaran hidup yang dilalui bersama suaminya berikutan kekangan 'kerja' yang dialami syarikat pengangkutan masa kini.

Berkongsi kesedihan dialami, wanita itu berkata situasi tersebut membuatkan dia dan suami dibelenggu masalah kewangan selama hampir empat bulan.

Kesulitan semakin dirasai apabila syarikat tempat suaminya bekerja itu turut gulung tikar.

"Dah hampir empat bulan suami hidup dengan gaji asas RM1,000, job langsung tidak ada.

Ramai yang berusaha mendapatkan pekerjaan dengan gaji setimpat. -Gambar hiasan

Ramai yang berusaha mendapatkan pekerjaan dengan gaji setimpal. -Gambar hiasan

"Ingatkan bulan pertama tak ada job, tunggu lagi bulan kedua... sabar dan begitulah seterusnya.

"Bulan ni diberhentikan sebab syarikat tutup," luahnya di Thread.

Menurut suri rumah ini, susulan penutupan syarikat, suaminya diberikan sejumlah pampasan.

Namun malangnya pampasan yang diterima hanyalah RM2,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur masuk 40 gaji bawah 5K, staf ‘gomen’ kesal dulu tak ‘lompat’ kerja... Seronok lihat kawan-kawan swasta ‘masyuk’

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda gaji rendah tetap sara keluarga lepas mak ayah meninggal... Adik umur 32 tahun goyang kaki, bagi alasan perempuan tak wajib kerja

"Syarikat nak bayar pampasan RM2,000 saja dan suami tengah usaha cari kerja lain.

"Tapi sekarang susah nak dapat pekerjaan sebab banyak syarikat lori yang tutup," tambahnya sayu.

Lebih menambah rasa sedih apabila dia berkongsi situasi di rumah saudara-mara ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan sepupu sebelah suaminya.

Baginya, pertanyaan saudara-mara seperti merendahkan suaminya yang ketika ini diuji dengan masalah kewangan.

  • Wanita luah hidup tertekan hampir empat bulan akibat masalah kewangan.
  • Suami cuma terima gaji asas RM1,000, syarikat pengangkutan tutup.
  • Pampasan diberi hanya RM2,000, sukar cari kerja baharu.
  • Terkilan bila saudara mara persoal kemampuan sara keluarga.
  • Netizen beri sokongan, nasihat jangan dedah pendapatan dan terus kuat.

"Ada sepupu suami tanya... macam mana kau boleh survive dengan gaji RM1,000? Isteri kau tak kerja.

"Suami aku pun jawab... isteri aku jual nota budak sekolah sekarang  ni.

"Tapi dia tanya pula ada ke orang beli," ujarnya mengimbau perbualan tersebut.

Mengakui terkilan dengan kata-kata ahli keluarga suaminya, wanita ini meminta supaya masyarakat tidak menormalisasikan pertanyaan yang menyakitkan hati.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Tolong mendoakan yang baik-baik, bukan bertanya perkara yang menyakitkan hati," tambahnya yang menetap di Ipoh, Perak.

Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar dia dan pasangan terus kuat menghadapi dugaan hidup.

"Lepas ini jangan cerita dengan sesiapa pun pendapatan kita sebab inilah yang akan berlaku. Mulut orang tak boleh ditutup.

"Saya dapat dalami perasaan awak, saya pun bergadai semua barang dan sekarang tengah mohon peruncitan sebab macam senang dapat.

"Semoga dipermudahkan urusan sekeluarga, cuba nasihatkan suami untuk jadi 'runner' buat dengan e-dagang," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain