suria

Ibu tak boleh terima cikgu prasekolah cadang anak 5 tahun masuk kelas PPKI, puncanya tak kenal ABC - “Doktor sahkan dia normal”

Setiap kanak-kanak akan dinilai dan diuji sebelum dimasukkan ke tadika atau prasekolah. -Gambar hiasan AI

LUAHAN seorang ibu mengenai cadangan pihak sekolah supaya anaknya dipindahkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Menurut wanita itu, anaknya yang kini berusia lima tahun disahkan normal oleh doktor dan tidak mempunyai sebarang masalah perkembangan yang serius.

Bagaimanapun, dia mengakui anaknya masih belum mengenal semua huruf ABC mahupun mengeja selain tidak mahir menulis nama sendiri.

Kanak-kanak memerlukan perhatian dan bimbingan ibu bapa yang sewajarnya. -Gambar hiasan AI

Kanak-kanak memerlukan perhatian dan bimbingan ibu bapa yang sewajarnya. -Gambar hiasan AI

"Doktor buat pemeriksaan ke atas anak saya yang berusia lima tahun, dia disahkan normal.

"Tapi anak masih belum mengenal ABC, masih belum mengeja dan masih tak reti menulis nama sendiri.

"Kenapa cikgu prasekolah berharap anak saya perlu pindah ke PPKI?" ajunya cuba mendapatkan pandangan daripada warga Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Runsing anak tak kuasai 3M nak masuk Tahun 1, cikgu tuisyen pula tarik diri... Ibu kritik sikap guru, sistem persekolahan masa kini

ARTIKEL BERKAITAN: Isi ruang jawapan dengan soalan, cikgu terkejut pelajar Tingkatan 1 tak tahu membaca! Ramai persoal apa berlaku di sekolah rendah

Malah tegas wanita ini, anaknya juga tidak mempunyai masalah sikap mahupun tingkah laku yang menyebabkan dia perlu dihantar ke kelas khas.

Tambahan pula dia memaklumkan, doktor yang memeriksa anaknya turut terkejut dengan cadangan tersebut dan menyifatkan terlalu awal untuk menilai keperluan pendidikan khas bagi kanak-kanak yang normal pada usia lima tahun.

"Doktor pun hairan sebab masih terlalu awal dan kasihan pada anak yang normal perlu dimasukkan ke kelas khas.

  • Ibu terkejut cikgu cadang anak 5 tahun pindah ke PPKI.
  • Doktor sahkan anak normal, tiada masalah perkembangan.
  • Anak belum kenal ABC, belum boleh mengeja dan tulis nama.
  • Doktor anggap terlalu awal nilai keperluan pendidikan khas.
  • Netizen berbelah bahagi, ada sokong ibu, ada kata usia 5 tahun patut dah kenal huruf.

"Itu doktor... saya ni mak dia, takkan la saya nak masukkan anak yang normal ke PPKI pula," tambahnya.

Dalam pada itu, dia menyatakan bahawa anaknya mengenal huruf jawi kerana sering dihantar membaca Iqra.

Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatinya supaya mendapatkan pandangan pakar lain serta tidak terburu-buru membuat keputusan demi masa depan anaknya.

Warga maya turut meluahkan kehairanan dengan sikap guru masa kini.

Warga maya turut meluahkan kehairanan dengan sikap guru masa kini.

Tidak kurang juga yang menyatakan kanak-kanak perlu dilatih mengenal huruf dan nombor pada usia tiga tahun.

"Sepatutnya daripada umur tiga tahun anak dah kenal huruf dan nombor, kalau usia lima tahun masih tak kenal... maksudnya tak normal.

"Anak saya masuk tadika pada usia lima tahun, cikgu sahkah autisme... lepas bawa jumpa pakar di swasta dan kerajaan, doktor sahkan yang anak saya bukan autisme.

"PPKI bukanlah teruk mana, sebabnya usia lima tahun patut dah kenal huruf," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain