TIDAK merokok merupakan salah satu ciri lelaki idaman wanita untuk dijadikan suami kerana mahukan hidup yang lebih sihat.
Namun bagi seorang wanita dia kecewa dan berasa tertipu selepas mendapati suaminya merupakan seorang perokok.
Kata wanita itu sepanjang hubungan sebelum bergelar suami isteri, lelaki tersebut tidak pernah menunjukkan tabiat merokok.
Rokok antara punca berlakunya pertengkaran antara suami isteri. -Gambar hiasan AI
"Sedihnya, macam mana nak terima. Lepas dua bulan kahwin baru tahu suami perokok. Selama ni kami jarak jauh (PJJ), dia tak pernah merokok.
"Malah sebelum kahwin, sebelum tunang dan masa awal-awal kenal lagi saya dah cakap tak boleh terima lelaki perokok dan vape," luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedia lepaskan BF perokok, tak mahu dituduh mandul jika kahwin tapi tiada anak - “Padahal lelaki tak subur sebab rokok”
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘tersakiti’... Tak boleh terima hakikat ada perempuan ‘reject’ calon suami perokok, hisap vape
Katanya, sikap suaminya yang menyembunyikan perkara tersebut membuatkan dia rasa tertipu sepanjang hubungan mereka.
"Dia tipu, dia perokok! Rasa nak minta cerai tu ada sangat... ya Allah. Cuma tak tercakap je lagi. Tak boleh nak terima.
"Hidup susah tak mengapa, saya boleh sabar sama-sama cari rezeki. Saya boleh kerja. Tapi ni rokok. Tak boleh," katanya.
- Isteri kecewa suami merokok selepas dua bulan kahwin.
- Sepanjang PJJ, suami tidak tunjuk tabiat merokok.
- Wanita tegas tak boleh terima lelaki merokok atau vape.
- Suami sembunyi tabiat, wanita rasa tertipu dan ingin cerai.
- Netizen nasihat beri peluang suami berhenti merokok.
Sementara itu warga maya menasihati wanita berkenaan agar memberi peluang kepada suaminya itu untuk berubah.
"Dia boleh berhenti merokok tapi kena bagi sokongan. Kalau bab rokok pun dah emosi, macam mana nak hidup susah senang bersama nanti.
"Isteri tak tahu saya perokok, apabila tahu tak pernah dia minta cerai. Kami saling bantu sama lain, bahagia 19 tahun ni," komen netizen.


