MENGADAKAN majlis perkahwinan secara serentak dalam kalangan adik-beradik atau saudara mara bukan perkara asing, malah menjimatkan kos serta memudahkan urusan pengantin serta ahli keluarga.
Namun, perkongsian seorang individu mengenai pengalaman rakan mengadakan majlis bersanding bersama kakaknya wajar dijadikan teladan agar hari bahagia meninggalkan kenangan yang indah.
"Ini cerita tentang majlis sanding kawan aku dengan kakak dia. Si adik akad nikah dulu daripada kakak dia awal sebulan. Majlis sanding dia, keluarga minta postpone sebab nak buat sekali dengan kakak.
Hubungan akrab juga menyebabkan ada adik-beradik memilih mengadakan majlis serentak. -Gambar hiasan
"Dia setuju sebab tak nak susahkan parents. Kalau buat sekali save budget dan boleh jemput satu kad je," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.
Menurut individu itu, rakannya dan suami kemudian menyerahkan sebahagian wang hantaran kepada kakaknya untuk urusan tempahan pelamin serta meja makan beradab.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkilan ‘dipalau’ BFF, tak guna hantar jemputan majlis tunang lima bulan awal - “Masa mereka kahwin saya selalu ada”
ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah penzina, ragut bahagia anak! Keluarga pengantin lelaki batal majlis nikah lepas dapat tahu bakal menantu tak sah taraf
"Si adik cuma settle booking dewan dan buat pendahuluan payment dewan serta katering. Bila dah tiba malam berinai, si adik lawat sekejap pelamin dekat dewan tu.
"Orang yang buat pelamin tu terkejut sebab dia tak jangka ada dua pengantin dan si kakak tak inform dia. Pelamin tu pun tak sama tema baju dengan kawan aku.
"Kemudian, kerusi makan beradab pun sama. Hanya ada untuk sepasang pengantin ja. Kawan aku ni pun okay je dan terima kerusi biasa pun takpa asalkan dapat makan," tulis individu itu.
Seorang wanita berkongsi kisah rakan yang buat majlis sanding serentak dengan kakaknya untuk jimat kos.
Si adik setuju tangguh sanding dan kongsi wang hantaran demi mudahkan keluarga.
Pelamin dan meja beradab tidak disediakan elok kerana kakak tidak maklumkan pihak vendor.
Kakak turut berebut jurusolek hingga si adik terkesan tetapi tetap bersabar.
Akhirnya si adik tetap menyerlah dan kisah ini jadi pengajaran supaya terlibat dalam semua urusan.
Tidak sekadar itu, rakannya juga seolah-olah disabotaj apabila kakaknya 'berebut' jurusolek yang disediakan oleh butik pengantin.
"Tapi kuasa Tuhan...orang niat tak baik tapi kita terima seadannya, Allah bagi kawan aku tu pengantin yang menyerlah dari kakaknya.
"Jadi korang yang nak bersanding sekali dengan adik-beradik ke apa, pastikan korang attend dalam semua perkara. Tak payahlah nak bahagi-bahagi tugas," tulisnya lagi.
Sebahagian komen netizen.
Perkongsian individu itu mengundang perhatian warga maya, dengan rata-rata memuji rakannya kerana mampu bersabar dan bertenang meskipun disabotaj kakak sendiri.
"Semoga kesedihan dia dibalas dengan kegembiraan
"Jahat ye kakak dia tu. Kalau saya, pelamin tu kena roboh dah rasanya," antara komen netizen.


