MANUSIA hanya merancang, namun Tuhan jua yang menentukan segalanya.
Itulah yang terpaksa dilalui sepasang kekasih apabila persiapan menuju hari bahagia bertukar menjadi detik paling menyedihkan dalam hidup mereka apabila rahsia lama akhirnya terbongkar.
Difahamkan ibu bapa pengantin lelaki tidak dapat menerima bahawa bakal menantu mereka adalah anak tidak sah taraf.
Kisah sedih pasangan berkenaan dikongsikan seorang individu yang merupakan rakan kepada pengantin lelaki.
Persefahaman antara pasangan penting untuk menjamin hubungan berkekalan. -Gambar hiasan
"Kawan sepejabat tak jadi kahwin sebab bakal isteri anak luar nikah. Keluarga dia tak terima.
"Bakal isteri pun tak tahu yang dia anak luar nikah sampailah nak kahwin baru tahu sebab orang pejabat agama periksa tarikh lahir dia dengan tarikh nikah mak abah dia.
"Surat beranak girl tu pun palsu. Meranalah dua insan yang tak berdosa tu," tulisnya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja terkilan ibu bapa sorok status anak luar nikah, reka alasan tak logik - “Kenapa tiada nama papa?”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak tak sah taraf dihalang kahwin! Mak ayah masih nak sorok rahsia terlanjur zaman muda
Menurut individu tersebut, rakannya terpaksa akur kepada keputusan ibu bapanya walaupun merana kerana masih menyayangi kekasihnya itu.
"Mak bapa bakal bini siap menipu surat beranak lagi. Sudah tentulah mak ayah lelaki tu fikir macam-macam. Lain orang lain penerimaan," ujarnya sambal menambah, kisah tersebut berlaku kira-kira enam tahun yang lalu.
Sekadar berkongsi kisah di laman sosial, lelaki berkenaan berkata dia hanya berharap pengalaman pahit itu dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain.
Seorang individu berkongsi kisah rakannya yang terpaksa membatalkan pernikahan selepas mengetahui bakal isteri anak tidak sah taraf.
Status itu terbongkar ketika semakan dokumen di pejabat agama apabila tarikh lahir tidak sepadan dengan tarikh pernikahan ibu bapanya.
Surat beranak wanita berkenaan turut didapati palsu.
Keluarga lelaki tidak dapat menerima apa yang berlaku dan tidak merestui hubungan.
Netizen bersimpati namun turut mengecam ibu bapa bakal pengantin perempuan kerana tidak berlaku jujur hingga anak menjadi mangsa.
"Jadi kesimpulannya, jangan berzina sebelum nikah sebab kalau termengandung, anak korang yang akan menanggung kesan dan akibatnya. Jangan jadi penyebab anak kita tak bahagia," tulisnya lagi.
Di laman sosial, perkongsian berkenaan mengundang reaksi yang bercampur dari warga maya.
Dalam pada ramai yang bersimpati terhadap pasangan berkenaan, ada juga yang mengecam ibu dan bapa bakal pengantin perempuan kerana tidak berlaku jujur hingga meragut kebahagiaan anak sendiri.

Sebahagian daripada reaksi netizen.
"Keluarga dia (lelaki) mungkin boleh terima kalau jujur sejak awal tapi bab nikah dan surat beranak pun palsu, jadi mereka rasa benda tu terlalu besar untuk diterima.
"Ibu bapa perempuan tu salah, anak jadi mangsa keadaan. Damage dah berlaku, tapi alangkah bagus kalau ibu bapa lelaki boleh terima dan break the cycle.
"Kahwin, pindah je jauh-jauh. Keluarga ni toksik, tak ada kepentingan pun nak dekati mereka lagi," demikian antara komen netizen.


