suria

Wanita naik menyampah jiran unit bawah tuduh bising main guli, suruh ‘guard’ terjah rumah - “Anak aku cukup masa dah tidur”

Saling bertolak ansur dan mencari penyelesaian terbaik adalah kunci kepada hubungan kejiranan yang harmoni. -Gambar hiasan AI

GANGGUAN bising seperti bunyi biji guli, orang berlari dan sebagainya biasa dialami kebanyakan mereka yang menghuni kediaman jenis bertingkat.

Di laman Threads, perkongsian seorang wanita mengenai situasi dialaminya mengundang perhatian warga maya.

Bukan berdepan gangguan bunyi sedemikian, sebaliknya dia berulang kali dituduh oleh jiran di tingkat bawah yang mendakwa rumahnya membuat bising, sehingga mengalami tekanan emosi.

Dalam kehidupan berjiran, kita sewajarnya bertoleransi dan menghormati antara satu sama lain. -Gambar hiasan

"Aku betul-betul tak faham dengan orang bawah rumah aku ni. Sibuk cakap rumah aku dok main guli la, bising-bising la. Padahal aku ni bekerja syif, memang jarang ada di rumah.

"Dan paling aku menyampah, dia pergi report dekat security guard, complaint tak habis-habis.

"Lepas tu security naik, memang kami tak ada dekat rumah. Nasib jiran sebelah rumah aku nampak dan bagitahu ada security tunggu depan rumah aku. Stres main tuduh-tuduh," tulisnya di laman sosial tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram jiran T20 parkir di laman kosong sebelah dapur, dah tegur tapi makin menjadi-jadi - “Rumah dia ada porch besar”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji RM7,000 kongsi sisi hitam flat B40... 15 tahun hadap jiran masak ketum, kaki gaduh sampai kena lapor polis

Menurut wanita berkenaan, dia memahami jika aduan oleh jiran berkenaan memang berpunca dari unit yang dihuninya.

Namun dia geram apabila jiran bukan berbangsa Melayu itu 'menekannya' dengan tuduhan yang tidak masuk akal. 

  • Seorang wanita berkata dia sering dituduh membuat bising oleh jiran tingkat bawah.

  • Dia bekerja syif dan jarang berada di rumah, namun tetap menerima aduan berterusan.

  • Tuduhan dianggap tak masuk akal kerana anaknya hanya seorang dan tidur awal setiap malam.

  • Jiran tetap 'menekan' dengan membuat laporan kepada pengawal keselamatan walaupun bunyi bukan dari unitnya.

  • Warganet memberikan sokongan serta menyarankan dia membuat laporan rasmi kepada pengurusan.

"Anak aku ni seorang je, bukan 10 orang. Logik ke nak main guli, berlari tengah-tengah malam. Padahal anak aku ni cukup masa memang tidur," luahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberikan sokongan dan berkongsi pengalaman hampir sama.

Tidak kurang juga yang menyarankan dia membuat laporan rasmi kepada pihak pengurusan supaya situasi itu tidak berterusan dan tuduhan jiran dapat ditangani secara lebih profesional.

Sebahagian daripada reaksi netizen.

"Bunyi main guli sangatlah mengganggu. Bunyi campak pasir la. Saya selalu dengar juga tapi rumah atas kosong, jadi tak boleh nak marah.

"Ustaz kata yang sebenarnya bunyi tu datang dari dalam rumah orang yang dengar.

"Cakap je rumah kamu yang ada hantu. Nanti dia kalut sembahyang la. Haha," antara komen netizen.

Artikel Lain