suria

Kutuk rakan gemuk, remaja ‘terciduk’ disergah abang mangsa ‘body shaming’ dalam kafe - “Jangankan lelaki, kerja pun tak nak kau”

Jaga kata-kata dan elakkan daripada mengguris perasaan rakan ketika berbual. -Gambar hiasan AI

EMOSI seorang gadis tercalar apabila menjadi mangsa 'body shaming' ketika melepak bersama sekumpulan rakan sekolah menengah di salah sebuah rangkaian kafe teh susu popular.

Menurut gadis berkenaan yang ketika itu sedang datang bulan, rakan-rakan pada mulanya hanya berbual santai mengenai dunia pekerjaan termasuk cara memohon pekerjaan di bank.

Namun suasana tiba-tiba berubah apabila salah seorang rakan lelaki mengeluarkan kenyataan melampau mengenai bentuk badannya yang diakui gempal.

"Lelaki ni cakap perempuan ni kenalah jaga badan... Contoh macam kau, I*a. Tak kahwin tapi badan macam mak anak tiga. Jangankan lelaki, kerja pun tak nak kau.

Teguran mengenai fizikal seseorang boleh memberi tekanan pada individu tersebut. -Gambar hiasan AI

"Lepas tu dia gelak. Saya memang ke arah chubby tapi benda tu tak kelakar. Kawan lelaki yang lain pun tegur dia cakap, tak lawaklah W*n. Kawan perempuan lagilah.

"Semua marah cakap dia tak sensitif. Saya masa tu 'blank' (terkedu) tau, terus berdiri dan keluar dari premis tu pergi dekat kereta," ceritanya di Threads.

Kebetulan sewaktu kejadian, abangnya ternampak dia berlari keluar dari kedai berkenaan menuju ke kereta sambil menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau 70kg pun, ada masalah ke?” - Pelajar praktikal sakit hati bos asyik ‘body shaming’, hina bentuk fizikal staf

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gempal berjaya kurus lepas dihina, puas hati kini penghina pula stres sebab gemuk - "Badan dia makin kepam, mengembang"

Tidak lama kemudian, situasi di dalam premis kembali kecoh apabila abangnya masuk dan menegur rakan lelakinya di hadapan semua pelanggan.

"Saya tak tahu macam mana muka saya masa terserempak tu, mungkin saya menangis. Lama saya duduk dalam kereta. Lepas bertenang saya balik rumah.

"Pukul 6 petang tu telefon saya blow out (berbunyi masuk notifikasi). Rupanya abang saya masuk dalam kedai lepas kami terjumpa. Dia tanya kawan saya apa terjadi.

  • Gadis jadi mangsa body shaming ketika lepak dengan rakan-rakan.
  • Lelaki hina bentuk badan hingga buat dia menangis dan keluar dari premis.
  • Kawan-kawan lain marah dan terus buang lelaki itu dari group.
  • Abang gadis itu datang dan tegur rakan lelaki adik di hadapan pelanggan lain.
  • Dia terharu apabila abang tinggalkan burger di depan pintu biliknya.

"Kawan saya cerita apa yang lelaki tu cakap. Abang 'sound' dia padu ya. Satu kedai dengar. Lelaki tu malu dan tunduk je. Kemudian, dia minta maaf," ceritanya lagi.

Difahamkan, rakan-rakan lain terus mengeluarkannya daripada kumpulan WhatsApp sebelum masing-masing menghubungi dirinya untuk meminta maaf.

Dalam pada itu, gadis itu terharu apabila pulang ke rumah kerana abangnya turut meninggalkan sebiji burger di depan pintu biliknya sebagai tanda prihatin.

Artikel Lain