Rosmaini dihukum penjaran 14 tahun serta diperintah membayar ganti rugi kepada mangsa sebanyak RM25,000.
RAYUAN Rosmaini Abdul Raof untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, Jahidah Nordin, ditolak Mahkamah Rayuan.Malah menerusi prosiding pada Isnin, tertuduh yang berusia 43 tahun dikenakan hukuman penjara 14 tahun yang berkuat kuasa serta-merta. Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Azman Abdullah dan dianggotai Datuk Noorin Badaruddin serta Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid.ARTIKEL BERKAITAN: “Kembalikan kakak saya!” - Adik mangsa keganasan suami masih sedih, ‘sakit hati’ suspek bebas siap buat content TikTokTertuduh juga diperintahkan membayar ganti rugi kepada mangsa sebanyak RM25,000 atau penjara enam bulan jika gagal berbuat demikian.Untuk rekod, pada 4 November 2025, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember 2024 yang mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini.Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhir diputuskan.Keputusan itu dibuat susulan sabitan kesalahan selepas Rosmaini didakwa di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A, kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah Nordin @ Sylvester, 46, yang ketika itu hamil 10 minggu, dengan memukul kepala, muka dan tangan mangsa serta menendangnya.Kejadian itu berlaku di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru, pada pukul 6 pagi, 4 Mei 2021.