suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas tiga hari hilang, mayat Nur Qaseh Deandra ditemukan 11km dari lokasi terjatuh

Anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) menemukan mayat mangsa pada tengah hari Ahad. -Foto JBPM

MAYAT seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, akhirnya ditemukan pada Ahad.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Selangor, Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat yang dikenalpasti sebagai Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, ditemukan kira-kira jarak 11 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

"Mangsa ditemukan kira-kira pukul 12.17 tengah hari oleh anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) yang menaiki bot menyusuri Sungai Langat.

"Ibu dan bapa mangsa hadir untuk membuat pengecaman di lokasi," katanya pada Ahad.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun hilang selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil sebiji bola, sebelum dihanyutkan arus deras susulan hujan lebat dalam kejadian petang Jumaat.

Artikel Lain