SEORANG wanita yang ditahan selepas didapati membawa pisau Ketika hadir ke Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah didakwa di mahkamah.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pada Isnin (4 Mei). Menurutnya, wanita berkenaan didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.Beliau turut memaklumkan bahawa wanita itu akan dihantar ke Hospital Bahagia kerana disyaki mempunyai masalah kesihatan mental. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bawa pisau sertai ‘Rain Rave’, saksi sempat rakam - “Dia cuba tikam seorang pakcik”Buat masa ini, suspek ditempatkan di Penjara Wanita Kajang bagi tujuan tahanan reman.Difahamkan, mahkamah telah menetapkan 6 Jun sebagai tarikh sebutan semula kes.Pada Ahad, mStar melaporkan seorang wanita berjaya ditahan oleh orang awam selepas dilihat membawa pisau ketika menghadiri festival berkenaan pada malam Sabtu (2 Mei).Menerusi video yang tular, seorang lelaki dilihat bertindak pantas menahan wanita itu dan cuba merampas senjata yang dibawanya.Beberapa individu lain termasuk anggota keselamatan turut membantu menahannya sehingga pihak polis tiba di lokasi. -The Star