suria

“Kembalikan kakak saya!” - Adik mangsa keganasan suami masih sedih, ‘sakit hati’ suspek bebas siap buat content TikTok

MASIH ingatkah lagi kisah meruntun hati mangsa keganasan rumah tangga dikenali Jahidah Nordin yang berlaku pada tahun 2021.

Berita mengenai mangsa yang terlantar kaku dan masih koma sehingga kini masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Berkongsi perkembangan terkini, adik kepada mangsa iaitu Fauziah Nordin mengakui mereka sekeluarga belum dapat menerima apa yang berlaku kepada kakaknya itu.

Lebih membuatkan dia kesal apabila suspek yang sudah dibebaskan dengan ikat jamin masih mampu memuat naik video di TikTok bercerita mengenai kehidupan baharu.

“Saya tak sangka suspek boleh buat kakak saya macam itu.

“Tiada tanggung jawab langsung, dia buat kakak saya macam itu dia boleh kembalikan kakak saya kepada normal ke?

“Dia siap post dekat TikTok dia dah keluar penjara dan mulakan kehidupan baharu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri ketiganya itu

pada 4 Mei 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A

kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi