suria

Siapa kata lelaki je minat ‘modified’ kereta? Gadis ini sanggup berhabis demi hobi, paling puas ‘mekap’ Nissan Fairlady!

GADIS dikenali sebagai Sharina Richie menarik perhatian ramai netizen di aplikasi TikTok apabila berkongsi content melakukan modifikasi pada dua kenderaannya.

Ramai mengagumi Sharina kerana jarang golongan wanita meminati dunia automotif dan melakukan aktiviti yang boleh menelan belanja ribuan ringgit.

Apa yang lebih menarik, Sharina melakukan modifikasi pada kenderaan yang menjadi kegilaan orang lelaki iaitu Nissan Fairlady 350Z serta Toyota Prius.

“Saya bermula buat semua ini sebab minat... dulu saya merupakan online gaming streamer kemudian saya sakit, badan saya memang besar ketika itu cecah berat 80 kilogram... kemudian saya pilih untuk henti jadi streamer game dan fokus kepada kesihatan lepas itu baru saya buat content kereta.

“Saya ada dua jenis kereta iaitu Toyota Prius dan Nissan 350z Fairlady yang diberi nama Jojo dan Bobo, mulanya saya hanya fokus buat video kepada Jojo (Toyota Prius) kemudian bila saya tukar kepada Bobo (Nissan 350Z), tak sangka pula dapat permintaan tinggi dan orang suka lihat.

“Selain daripada minat, content saya ni juga dapat educate khususnya golongan wanita di luar sana yang kini tidak lagi seperti dahulu, kami juga mampu untuk lakukan perkara yang golongan lelaki lakukan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi