suria

2 lelaki bikin kecoh dalam pesawat, rupanya mengamuk nak keluar pergi kedai kejap... “Kau ingat ini bas lompat-lompat?”

"KAU ingat ini bas lompat-lompat?"

Mungkin begitulah komen segelintir netizen yang berang dengan tindakan dua lelaki warga asing yang membuat kecoh dalam sebuah pesawat baru-baru ini.

Hanya kerana sebuah fon telinga, dua penumpang penerbangan menuju ke Phuket, Thailand dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terpaksa menanggung malu apabila diarahkan keluar daripada pesawat.

Tidak hanya menanggung malu, video yang dirakam oleh salah seorang penumpang lain turut tular di media sosial sehingga menerima pelbagai kecaman masyarakat atas sikap pentingkan diri dan biadab mereka.

Saksi kejadian, Mohamad Aizat Abdul Rahman, 32, berkata, kejadian berpunca apabila salah seorang penumpang itu mendakwa fon kepala miliknya tercicir dan mahu keluar daripada pesawat untuk mencari atau membeli aksesori baharu.

Bagaimanapun, permintaan itu tidak dibenarkan oleh krew penerbangan memandangkan pesawat sudah mahu berlepas ke Phuket.

"Apa saya dapat simpulkan, lelaki berbaju merah mendakwa headphone miliknya tercicir dan mahu keluar sekajap sebab nak cari atau beli baru tapi krew tak izinkan kerana pesawat sudah nak berlepas," katanya kepada mStar.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi