suria

Tiktokers Ahmad Ashraff ‘starstruck’ jumpa Alif Satar, tak sia-sia ajak buat video... dapat 4 juta tontonan!

PERSONALITI media sosial Ahmad Ashraff mendedahkan dia mengalami star struck apabila berpeluang bertentang mata dengan idolanya, Alif Satar sehingga menjadi kelu.

Kata Ashraff atau atau Ahmad Ashraff Kamaruzzaman, 25, dia juga tidak menyangka penyanyi dan pengacara itu seorang artis yang ramah malah tidak keberatan apabila diajak membuat content bersama untuk TikTok miliknya.

Malah katanya, sehingga ke hari ini dia masih tidak boleh melupakan kenangan menghasilkan content bersama Alif yang sehingga kini sudah mencecah 4.1 juta tontonan di platform berkenaan.

"Sampai hari ini saya tak boleh lupa video yang saya but bersama Alif... saya memang mengidolakan Alif dan bila dapat berjumpa depan mata memang star struck dan kelu.

"Tapi bila saya menegurnya, tak sangka Alif seorang yang sangat peramah malah bersetuju terima pelawaan saya untuk buat content bersama," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ashraff berkata, dia berharap agar content creator terutamanya yang baharu mencipta nama agar tampil dengan kandungan positif agar ia menjadi manfaat kepada penonton.

'Pada saya sesuatu karya itu adalah cerminan diri kita... kalau hari ini kita beri content yang baik, Insya Allah akan datang benda baik dan sebaliknya.

"Kita (content creator) ditonton oleh semua lapisan umur dan saya tak mahu kalau suatu hari nanti ada generasi baharu mengidolakan saya dengan cara yang tak betul," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi