PELAKON veteran Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pada pukul 12.30 tengahari, Isnin. Berita pemergian tersebut disahkan oleh anaknya iaitu Afiqah Jalil yang memaklumkan aktor berusia 69 tahun itu menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur. "Ya betul, ayah saya sudah meninggal dunia.Pemergian Jalil disahkan sendiri oleh anak perempuannya."Ibu masuk ke bilik untuk tengok ayah dan didapati dia sudah tiada," katanya kepada mStar.Ditanya mengenai penyakit yang sedang dihidapi oleh arwah, Afiqah memaklumkan bapanya sedang bergelut dengan masalah jantung bengkak. ARTIKEL BERKAITAN: Sehari tak dengar khabar isteri, Jalil Hamid hampir batal niat hadir tayangan filem ‘Laknat’ARTIKEL BERKAITAN: “Aku nak marah sebenarnya” - Janna Nick akhirnya bertemu Azar Azmi, harap tak hilang lagi"Ayah saya memang ada masalah jantung bengkak," katanya. Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam, Selangor dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 21 selepas solat Asar. "Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," ujarnya.Sebelum ini, Jalil disahkan menghidap masalah jantung bengkak selepas menjalani pembedahan sekitar Julai tahun 2022.Gara-gara masalah kesihatan itu, dia mengalami penurunan berat badan mendadak sebanyak 30 kilogram dan hilang selera makan. Pada tahun 2024, Jalil meluahkan rasa syukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih dan sudah boleh menikmati makanan lebih berat.Jalil sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatannya semakin baik.Berkecimpung dalam industri seni pada awal tahun 80-an, Jalil terkenal dengan beberapa buah lagu antaranya Ayam, Raya dan Makan. Dia juga pernah membintangi filem popular seperti Baginda ditayangkan pada tahun 1997, Zombi Kampung Pisang (2007), Men Who Save the World (2014), dan Bisik Pada Langit (2017).Sepanjang kariernya, Jalil pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Baginda di Festival Filem Malaysia ke-13 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Calon Syurga) di Anugerah Skrin 2016.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!