ANAK kepada pelakon veteran Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah mendedahkan bapanya meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat menunaikan ibadah haji pada tahun ini.Menurut Afiqah, 33, arwah sebelum ini sudah membuat persiapan termasuk menghadiri kursus haji, namun hasrat tersebut tidak kesampaian disebabkan masalah jantung yang dihadapinya. "Tahun ini sudah pergi kursus haji semua, tapi tak dapat sebab pergi lagi sebab masalah jantung. Dia nampak macam kecewa juga, saya pujuk dia cakap tak mengapa. Cuma selepas itu dia macam rasa serba salah,” katanya kepada mStar.Jalil meninggal dunia dalam tidur.Afiqah berkongsi perkara itu ketika ditemui di Masjid Al Munawwarah, Shah Alam, Selangor bagi proses pengurusan jenazah pada petang Isnin.Tambah Afiqah, ibadah haji merupakan impian terbesar bapanya, malah drama Selangkah ke Syurga yang pernah dilakonkan oleh arwah sebelum ini juga pernah menjadi topik perbualan mereka.Katanya, drama berkenaan mengisahkan tentang pasangan yang tidak dapat menunaikan ibadah haji.ARTIKEL BERKAITAN: Jalil Hamid meninggal dunia dalam tidurARTIKEL BERKAITAN: Sehari tak dengar khabar isteri, Jalil Hamid hampir batal niat hadir tayangan filem ‘Laknat’“Itu antara hasrat terbesar dia. Kami pun pernah bergurau tentang perkara itu, termasuk kaitkan dengan watak drama yang pernah dia lakonkan. Tapi sebenarnya dia sedih tak dapat pergi,” ujarnya.Dalam pada itu, Afiqah turut meluahkan rasa syukur kerana sempat meluangkan masa bersama bapanya sebelum pemergian arwah.“Alhamdulillah saya bersyukur sebab sempat ada momen dengan ayah. Walaupun kami selalu juga berbalah, tapi dia tahu kami hargai dia.“Ada satu momen yang buat saya rasa sangat bersyukur tahun ini,” katanya lagi.Jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan.Mengimbas detik terakhir bersama bapa, Afiqah berkata mereka sempat berbual pada malam sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.“Malam sebelumnya kami sempat sembang. Lepas Subuh, dia banyak berehat dalam bilik.“Sebenarnya kami ada rancang nak pergi Singapura, semua dah siap termasuk pasport,” luahnya.Sebelum ini, Jalil dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari, Isnin.Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 selepas solat Asar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!