SEKIAN lama tidak bertemu, akhirnya pelakon Janna Nick dapat bertentang mata dengan sahabat baiknya iaitu aktres Azar Azmi yang sebelum ini menghilang daripada industri seni. Sudah lama menantikan peluang itu, Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, memberitahu dia cuba mengawal emosi ketika pertemuan itu dan enggan mengajukan sebarang soalan sensitif. "Hari ini saya nak jumpa dengan kawan yang lama menghilang. "Geram, aku nak marah sebenarnya. Aku tak nak menangis. Janna (kanan) berharap sahabatnya tidak lagi menghilangkan diri."Aku tak nak tanya kau apa-apa, harini kita makan saja," katanya. Janna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam hantaran sama, Janna turut memuat naik video detik pertemuan mereka yang sarat dengan emosi.Menerusi video tersebut, Janna dilihat bersembunyi di sebalik dinding sebelum Azar menyedari kehadirannya, lalu kedua-duanya gagal menahan sebak dan berpelukan.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita rayu nak pinjam duit, Janna Nick terkejut suami yang jawab panggilan… “Harap ada orang boleh selamatkan dia” ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi buka cerita peribadi, punca ‘hilang’ daripada industri… Berdepan pengalaman paling teruk dalam hidupJanna turut meluahkan rasa prihatin terhadap keadaan Azar yang disifatkan sedang melalui fasa sukar, namun tetap cekal demi keluarga.Malah, dia berharap agar Azar tidak lagi menghilangkan diri daripada industri hiburan. "Saya tahu dia penat dengan semuanya tapi dia tetap kuat semangat demi anak-anak. "Semoga Allah permudahkan urusan kau (Azar). Janji, jangan lari dan hilang lagi. Sayang kau," katanya. Janna sentiasa mengambil berat tentang keadaan rakan-rakannya.Sebelum ini, nama Azar kembali menjadi bualan selepas sekian lama berdiam susulan dia ditahan reman bagi siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah. Azar menjalani tempoh reman selama tiga hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Dia kemudian dibebaskan dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan melibatkan kes suaminya. Menerusi satu temu bual bersama media, Azar turut memaklumkan ketiadaannya dalam industri seni disebabkan menghormati permintaan keluarga mentua yang tidak mahu dia terlinat dalam dunia hiburan lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!