PESERTA program Talk To My Manager (TTMM), Viviana tidak terkesan dengan segala kecaman dan kritikan pedas yang dilemparkan netizen susulan kemenangannya pada saingan minggu lalu.Jelas Viviana, dia sudah mempersiapkan mentalnya lebih awal sebelum masuk ke bidang seni selepas menerima pesanan daripada ibunya iaitu Ani Maiyuni. "Saya tak rasa apa-apa pun sebenarnya. Sebelum masuk sini saya dah siapkan mental saya. Umi (ibu) pun sudah pesan kalau nak masuk industri, mesti akan ada kecaman. Tak ada orang yang hebat tak pernah kena kecam. Viviana dan Ani berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Jadi saya tak rasa apa-apa pun. Bagi saya kecaman adalah pujian," katanya kepada mStar.Viviana berkongsi perkara itu Ketika ditemui sleepas minggu ketiga program Talk To My Manager (TTMM) di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad. Sementara itu, Ani Maiyuni, 48, pula memberitahu dia tidak pernah mengabaikan setiap komen yang ditinggalkan netizen bagi memperbaiki kelemahan anaknya itu.Bagi Ani, segala kritikan tersebut merupakan petanda bahawa kehadiran Viviana dalam industri muzik mula disedari oleh orang ramai.ARTIKEL BERKAITAN: Teruk Viviana kena kecam, Ani Maiyuni tampil pertahan anak… “Kita hanya manusia biasa” ARTIKEL BERKAITAN: Sukar kawal emosi, air mata Ani Maiyuni mudah gugur cerita fasal anak - “Saya selalu tinggalkan dia sebab kerjaya”"Mereka yang mengecam itu saya baca semua komen. Saya tidak mengabaikan setiap satu komen, mana yang memuji saya baca, apatah lagi yang mengeji. Saya hargai kalian. "Dari situlah saya nak dia perbaiki. Bila ramai mula mengeji itu, pada kita, orang dah ambil tahu tentang dia. Orang dah tahu akan kehadiran Viviana dalam industri ini," ujarnya.Dalam pada itu, Ani memberitahu Viviana sebenarnya sudah terbiasa dengan situasi dibuli sejak di bangku sekolah lagi.Malah, Ani kagum melihat keberanian Viviana yang secara terbuka membalas komen-komen negatif di media sosial dengan ucapan terima kasih.Ani akui dia tidak sekuat Viviana. "Alhamdulillah dia sangat kuat. Anak saya ini belajar daripada bawah. Kalau nak tahu, dia dulu adalah budak yang dibuli. Dia dah kena macam-macam di sekolah, dibuli sampai sekarang. Setakat buli (netizen) ini dia tak ada hal lah. "Saya daripada awal cakap jangan tengok media sosial. Tapi, dia yang balas terima kasih dekat semua orang yang mengeji dia. Dia sangat kuat, dia lagi kuat daripada saya sebenarnya" ujarnya lagi.Sebelum ini, Ani meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila Viviana menjadi mangsa kecaman hebat netizen selepas diumumkan sebagai pemenang konsert minggu kedua TTMM2.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!