suria

Sharmaine jaga batas, video ‘mesra’ promosi lagu bukan kehendak peribadi... “Mulanya Syamel tak setuju”

Sharmaine (kanan) Sharmaine menjelaskan situasi sebenar berhubung kontroversi muzik video Pertama.

SELEPAS video promosi lagu 'Pertama' menerima kecaman netizen, pelakon wanita dalam video muzik (MV) berkenaan iaitu Sharmaine Alexander tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Sharmaine, 26, berkata idea penghasilan video promosi tersebut bukanlah datang daripada Syamel, sebaliknya atas permintaan produksi.

Cerita finalis Dewi Remaja 2025, Syamel pada awalnya kurang bersetuju dengan konsep berkenaan kerana bimbang ia boleh memberi kesan negatif terhadap reputasi Sharmaine yang masih baharu dalam industri seni.

"Pada mulanya, Syamel tak bersetuju untuk buat video promosi seperti yang dikongsi di media sosial itu. 

Video promosi lagu Pertama mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Syamel bimbang ia akan memburukkan nama saya memandangkan saya baru saja nak berjinak-jinak dalam industri seni. 

"Nanti saya pula yang kena kecam tapi dah memang kerja kami, akur saja permintaan pihak produksi," katanya ketika dihubungi mStar. 

 

Mengulas lanjut, Sharmaine menegaskan bahawa sepanjang proses penggambaran, mereka tetap menjaga batas profesional sebagai rakan sekerja.

Malah, dia menolak tanggapan netizen mendakwa video-video promosi tersebut dihasilkan atas kehendak peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel ‘post’ video promosi lagu, netizen mula menyampah anggap tak jaga hati isteri… “Sikit-sikit sudahlah”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh sentuh pelakon wanita dalam MV ‘Pertama’, Syamel terus hubungi Ernie Zakri

"Kami memang jaga batas sepanjang tempoh penggambaran muzik video tersebut.

"Semua video yang kami buat itu memang atas arahan pihak produksi. Bukan Syamel yang ajak saya buat video-video promosi macam itu. 

"Saya rasa Ernie pun faham sebab kami hanya bekerja," ujarnya. 

Dalam pada itu, Sharmaine berkata dia menerima segala reaksi netizen, sama ada positif atau negatif dengan hati terbuka.

"Semua komen baik dan buruk daripada netizen saya terima saja. Saya memang dah bersedia menerima impaknya. 

Sharmaine mengambil maklum segala kritikan yang diberikan. 

"Sejak dalam program Dewi Remaja saya sudah siapkan diri untuk belajar menerima reaksi daripada netizen. 

"Apa yang penting, bagaimana saya memberi reaksi kepada komen tersebut agar buat diri ini rasa down. Bagi saya kalau netizen beri reaksi maksudnya promosi kami berjaya," katanya. 

Sebelum ini, tindakan Syamel mempromosikan single terbaharunya berjudul Pertama mencuri perhatian netizen apabila satu klip video yang dimuat naik bersama Sharmaine mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan video berkenaan yang memaparkan aksi mesra serta gurauan dengan pelakon baharu itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain