suria

Kecoh sentuh pelakon wanita dalam MV ‘Pertama’, Syamel terus hubungi Ernie Zakri

Syamel tampil menjawab dakwaan bersentuhan dengan model wanita.

SELEPAS tular satu klip babak bersentuhan dalam teaser muzik video (MV) lagu berjudul Pertama, penyanyi Syamel segera menghubungi isterinya iaitu Ernie Zakri.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, tindakan itu dibuat bagi memberi penjelasan selepas babak bersama finalis Dewi Remaja 2025, Shermaine Alexander itu mengundang reaksi kurang senang netizen.

“Bila berlaku benda itu, perkara pertama saya buat adalah hubungi isteri saya.

Klip MV Syamel yang mencetuskan kontroversi. 

“Saya tanya pandangan dia dan bila kami tengok bersama-sama, sebenarnya tak kena pun, itu hanya trick kamera,” katanya kepada mStar.

Syamel berkongsi perkara itu semasa sidang media pelancaran lagu Pertama yang diadakan di TGV Cinemas, Pavilion, Bukit Jalil pada petang Selasa.

Berkongsi lanjut, Syamel berkata ramai yang membuat andaian berlaku sentuhan ketika penggambaran muzik video tersebut dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kesilapan teknikal punca ‘Hamba Cinta’ gagal mara ke SFMM40, Syamel terkilan hampakan harapan peminat 

ARTIKEL BERKAITAN: “Lagu yang mahal” - Syamel sanggup terbang ke Manchester demi ‘Beribu Tanda Tanya’

Malah, dia turut menghubungi Shermaine bagi mendapatkan kepastian mengenai babak berkenaan.

“Kebanyakan komen tanya kenapa saya pegang perempuan itu? Mereka ingat saya rangkul pinggang, tapi kalau zoom betul-betul, memang tak kena pun.

“Saya siap hubungi Shermaine untuk double confirm dan dia sendiri cakap memang tak kena,” jelasnya.

Sebagai seorang yang matang dan berfikiran positif, saya akan lebih berhati-hati selepas ini

SYAMEL 

PENYANYI

Dalam pada itu, Syamel mengambil pendekatan untuk memohon maaf sekiranya babak berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

“Saya ambil pendekatan untuk mohon maaf kerana memperlihatkan babak sebegitu. Saya minta maaf kalau ia memberi rasa kurang kepada sesiapa yang menonton.

Syamel akan lebih berhati-hati dalam menghasilkan MV. 

“Sebagai seorang yang matang dan berfikiran positif, saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.

Sebelum ini, klip video yang dimuat naik Syamel di aplikasi Threads mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa berlaku sentuhan antara Syamel dan wanita tersebut, lebih-lebih lagi memandangkan penyanyi itu berstatus suami orang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain