suria

Untungnya dapat jumpa Michael Jackson, wanita ini kongsi detik istimewa bertentang mata... “Orangnya baik dan ramah”

Peluang bertemu Michael dianggap satu momen paling istimewa.

SEORANG pengguna Threads menggunakan akaun @shfatim85 mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu hantaran nostalgia pertemuannya dengan bintang legenda dunia, Michael Jackson.

Menurut perkongsian tersebut, individu terbabit masih mengingati detik bermakna pada tahun 1996 itu apabila berpeluang bertemu dan bergambar dengan penyanyi digelar 'Raja Pop' itu.

Katanya, mendiang Michael seorang yang sangat peramah serta berperwatakan lembut, membuatkan suasana pertemuan mereka terasa tidak kekok.

Perkongsian @shfatim85 di Threads mencuri perhatian ramai.

"Throwback waktu 1996, sis (panggilan diri) pernah jumpa Michael Jackson. Orangnya baik, ramah dan lembut saja. Dia bercakap dan menyanyi lain suara," tulisnya. 

Ditanya bagaimana bertemu bintang antarabangsa itu, wanita berkenaan menjelaskan bahawa dia merupakan anak saudara kepada Tan Sri Syed Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo yang pernah membawa Michael ke Malaysia pada ketika itu.

"Pakcik saya bawa dia (Michael) datang ke Malaysia. Wangi dan putih sangat. Ingat lagi, lepas tu cakap pun lembut saja," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Orangnya pendiam, suka melukis” - Syed Wafa imbau pertemuan 4 mata dengan Michael Jackson, himpunan 1,000 potret dibukukan

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dan cucu tak setuju ibu Michael Jackson guna harta mendiang untuk biaya kes mahkamah

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya teruja dan cemburu dengan pengalaman berkenaan.

"Orang Amerika Syarikat pun majoriti tak dapat peluang macam ini, lagilah orang Malaysia. Bertuah sungguh. 

"Wah, untungnya cemburu kita. Rezeki awak, kenangan betul gambar ni," tulis netizen. 

Untuk rekod, Michael Jackson pernah mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 1996 sempena Dangerous World Tour, antara jelajah dunia paling besar dalam sejarah muzik pop. 

Michael pernah menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia.

Konsert tersebut berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan menarik kehadiran puluhan ribu peminat dari seluruh negara serta rantau Asia.

Michael meninggal dunia pada 25 Jun 2009 di Los Angeles, Amerika Syarikat pada usia 50 tahun.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung berpunca daripada keracunan akut ubat anestetik propofol serta ubat penenang benzodiazepine.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain