suria

“Orangnya pendiam, suka melukis” - Syed Wafa imbau pertemuan 4 mata dengan Michael Jackson, himpunan 1,000 potret dibukukan

Wafa bersama Michael Jackson pada 1996.

PELUANG melukis potret dan bertemu empat mata dengan penyanyi terkenal dunia Michael Jackson 26 tahun merupakan kenangan paling bermakna buat pelukis Syed Wafa.

Ia turut menjadi permulaan namanya dikenali dalam kalangan penganjur konsert dan sering diberi tanggungjawab melakar potret penyanyi yang singgah ke Malaysia membuat persembahan.

Berkongsi pengalaman bertemu Michael di suite penginapannya di Hotel Concorde Kuala Lumpur ketika itu, Wafa berkata, Michael bukan seorang yang banyak berbicara dan lebih banyak mendiamkan diri ketika mereka bertemu.

Pemilik nama sebenar Syed Yusof Wafa Syed Nordin ini bagaimanapun memberitahu mendiang sempat memberitahu dia juga minat dalam bidang seni lukis.

"Macam tidak percaya saya dapat bertemu sendiri dengan Michael ketika itu. Maklumlah apabila artis terkenal datang Malaysia, bukan mudah nak dapat akses bertemu apatah lagi mengambil gambar bersama.

wafa 2

Wafa menyerahkan potret lukisannya kepada Shah Rukh Khan dan Mariah Carey.

"Saya sendiri hantar potret yang saya lukis kepada Michael di bilik hotelnya dan ketika bertemu saya dapat tahu dia juga suka melukis.

"Michael seorang yang pendiam, jadi tidak banyak kami bualkan ketika itu... Banyak lakaran kartun dan langkah tarian yang ditinggalkan di suite miliknya dan ia dibingkaikan dan masih ada di dalam bilik berkenaan," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Michael mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada Oktober 1996.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya tengah susah, ambil la saya berlakon” - Pelakon Melia Aimelia jaga bapa sakit, hidup dengan bantuan Baitulmal

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjuran konsert palsu guna gambar artis popular, Awie dedah wanita ‘scammer’ sudah kena tahan polis

Selain Michael, Wafa juga pernah melukis potret untuk artis antarabangsa lain seperti Justin Bieber, Celine Dion, Mariah Carey, Roger Federar, Maher Zain, Avril Lavigne, Shah Rukh Khan dan Salman Khan.

Mula aktif melukis sekitar awal tahun 1990-an, kini Wafa mempunyai lebih 1,000 koleksi lukisan bintang ternama termasuk tokoh politik dan ahli sukan.

Hasil kreativiti Wafa itu juga mendapat perhatian pihak Perdananan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) apabila sebuah buku berjudul Wajah dan Madah bakal diterbitkan tahun hadapan.

"Terharu dan bangga sebab Finas menghargai bakat dan perjuangan saya selama ini dalam bidang seni lukisan. Saya tak sangka Finas memerhati karya saya selama ini dan mereka sudi terbitkan sebuah buku mengenainya.

wafa 3

Wajah dan Wadah akan diterbitkan pada tahun hadapan.

"Pihak mereka sangat teliti dalam penghasilan buku ini, jadi Finas akan memilih karya-karya terbaik untuk dimasukkan dalam 100 halaman buku tersebut," ujarnya.

Bercerita tentang pengalaman sebagasi seorang pelukis, Wafa sebelum ini banyak menghasilkan karya untuk dimuatkan dalam majalah hiburan URTV.

Tidak pernah memikirkan soal bayaran dalam setiap karyanya, bagi Wafa apa yang dibuat adalah sepenuh hati dan berharap ia menjadi kenangan buat peminat artis baik dalam dan luar negara.

"Bila orang lain hargai kita, rasa terharu sangat. Selama ini saya melukis dari hati. Saya melukis walaupun dibayar oleh URTV tapi saya tak fikir soal itu kerana saya melukis atas dasar minat.

"Semoga apa yang saya hasilkan ini boleh jadi tatapan untuk lebih ramai orang diluar sana," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain