suria

Penerbit paksa datang lokasi meskipun dapat cuti sakit, Scha Elinnea terkilan diperli krew mahu lambatkan penggambaran

Scha berang tidak dibenarkan rehat walau sedang sakit.

PELAKON Scha Elinnea meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah produksi drama yang didakwa enggan memberinya cuti rehat meskipun sedang sakit.

Menurut Scha, 22, dia sudah mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan diberi cuti sakit selama dua hari namun penerbit enggan memberi pelepasan dan hanya diminta berehat di lokasi penggambaran.

"Produksi jenis apa dah tahu pelakon sakit demam panas sampai menggigil dan tetap datang kena datang ke set penggambaran.

scha 2

Scha terkilan dengan sikap produksi.

"Sudah ke klinik dan doktor beri saya dua hari cuti sakit untuk berehat tetapi produser tak bagi lepas, suruh rehat di set," katanya.

Scha berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di IG Story miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut mendakwa ada dalam kalangan kru produksi yang kurang senang dengan keadaannya yang seolah-olah melihat dia sengaja mahu menangguhkan penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Wafariena alami kecederaan dipaksa buat ‘stunt’ sendiri sampai masuk hospital, terkilan pengarah lepas tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan mental Scha Elinnea semakin baik, makan ubat ikut jadual

"Selepas bangun tidur saya tengok dalam grup WhatsApp ada 'manusia' yang perli. Memang saya nak habiskan kerja ini cepat, tetapi sakit demam bukan saya yang minta.

"Selama ini reshoot hampir satu episod salah siapa? Baju konti tiada, salah siapa?," ujarnya.

Jangan ambil mudah dengan sikap berdiam saya

SCHA ELLINNEA

PELAKON

Scha juga seakan-akan sudah tidak tahan dengan sikap produksi berkenaan yang disifatkan mengambil mudah tentang hal kesihatan pelakon.

"Saya banyak bersabar dengan persekitaran yang toksik. Penat mental. Orang tengah sakit, jangan tambah sakit lagi.

"Jangan ambil mudah dengan sikap berdiam saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain