suria

Fadzil Teh senada dengan A. Aida, pilihan pelakon bukan kuasa penerbit tapi stesen TV

Haji Zeel akui lakonan boleh digilap muka tidak boleh.

KEBELAKANGAN ini kecoh berhubung kenyataan penerbit Datuk A. Aida yang mencari bakat baharu dengan rupa paras cantik dan kacak berbanding melihat kepada bakat lakonan mereka.

Kenyataan berkenaan tidak disenangi beberapa pelakon yang berpendapat bakat lebih penting berbanding penampilan seorang pelakon.

Pun begitu, penerbit, Fadzil Teh senada dengan kenyataan dibuat A. Aida kerana sudah menjadi lumrah manusia suka melihat sesuatu yang cantik dan indah di mata.

Haji Zeel senada dengan penerbit A.Aida.

Jelas Fadzil atau lebih mesra disapa Haji Zeel, dia sebagai penerbit turut mengutamakan pelakon yang mempunyai penampilan menarik untuk diketengahkan dalam drama terbitan syarikatnya.

"Kalau saya pun nak ambil yang cantik, yang kacak.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bakat boleh asah, paling penting wajah cantik dan kacak” - A. Aida cari pelakon baharu, ajak orang ramai datang uji bakat di Ekspresi@Finas

ARTIKEL BERKAITAN: Kena terima hakikat penonton sekarang tengok rupa... pelakon kurang menarik tetap ada peluang - A. Aida

"Saya tak kata saya setuju dengan A. Aida tapi apa yang dia cakap itu, satu dunia kot suka tengok orang yang cantik.

"Macam lakonan itu kalau dia ada sedikit asa, ia boleh digilap tapi muka tak boleh 'digilap'," katanya kepada mStar.

Barisan pelakon drama Jesnita.

Haji Zeel ditemui di majlis sidang media drama Jesnita terbitan Zeel Production di Kuala Lumpur pada Khamis.

Drama 40 episod yang menelan belanja sebanyak RM1.3 juta itu dibintangi oleh Intan Najuwa, Nasha Aziz, Yusof Bahrin, Malik McCrone dan Fikry Ibrahim.

Dalam pada itu, Haji Zeel berkata, cadangan meletakkan pelakon yang tidak mempunyai pakej paras rupa boleh dibuat penerbit namun pada akhirnya keputusan akhir terletak kepada stesen televisyen.

Haji Zeel akui yang ada rupa bakal dipilih juga akhirnya.

Ini kerana biasanya pihak stesen televisyen akan memilih barisan pelakon yang dikehendaki mereka.

"Proposal itu mungkin kita boleh hantar tetapi akhirnya pihak stesen TV juga yang akan pilih.

"Lagi satu, saya pun tak pernah dapat skrip daripada pasukan penulis skrip yang menggambarkan pelakon utama itu yang tidak elok (kacak, cantik)," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain