suria

Penganjuran konsert palsu guna gambar artis popular, Awie dedah wanita ‘scammer’ sudah kena tahan polis

Awie dedahkan individu yang menggunakan namanya sebagai bahan penipuan.

PENYANYI Datuk Awie mendedahkan seorang wanita ditangkap pihak polis atas kesalahan menipu orang ramai kononnya bakal menganjurkan sebuah konsert.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, wanita berkenaan turut menggunakan nama dan gambarnya bersama beberapa rakan artis lain seperti Ahmad Dhani, Ziana Zain, Erra Fazira dan Ella bagi memperdayakan orang ramai.

Konsert palsu itu dikatakan bakal berlangsung di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 Februari 2023.

awie 2

Antara perbualan wanita berkenaan dengan pembeli tiket.

"Satu percubaan menipu untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah telah dibanteras oleh pihak polis pagi tadi (Khamis).

"Dia mengaku ada konsert yang diberi nama Unplugged Living Legend (Datuk Awie dan Ahmad Dhani) bersama artis undangan Ziana Zain, Ella dan Erra Fazira.

"Tak tahulah sudah berapa ramai orang kena tipu bagi dia duit untuk beli tiket," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap peserta ketandusan idea, Awie harap tiada lagi sentuh isu agama dan ‘body shaming’ di pentas akhir MLS3

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elak babak bersentuhan dalam drama, Tajul bukan takut isteri tapi hormat

Awie berkongsi hal berkenaan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Tambahnya, individu berkenaan turut mempunyai rekod kesalahan sama dan pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini.

"Mengikut rekod, wanita ini sudah beberapa kali kena tangkap kerana menipu juga. Alhamdulillah, polis telah berjaya menangkap si penipu ini," ujarnya.

Saya nak tekankan di sini, kami artis semua tidak tahu menahu fasal konsert ini. Gambar kami digunakan untuk poster dan scam orang

DATUK AWIE

PENYANYI

Dalam pada itu, Awie turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan modus operandi berkenaan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

Kata Awie, sekiranya benar ada sebarang persembahan besar diadakan, pihaknya pasti akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.

awie 3

Awie nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.

"Saya nak tekankan di sini, kami artis semua tidak tahu menahu fasal konsert ini. Gambar kami digunakan untuk poster dan scam orang.

"Jangan mudah terpedaya dengan sebarang perkara yang tiada bukti nyata. Jika konsert pastinya akan ada sidang media, lebih-lebih lagi dengan nama-nama artis besar," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain