PELAKON Shima Anuar mencuri perhatian ramai apabila menggunakan pendekatan berbeza dalam menguruskan anak-anak ketika mereka keluar beriadah tanpa pengawasannya.Shima atau Noor Hashimah Anuar, 35, dilihat meninggalkan pesanan ringkas kepada anak-anaknya dengan memberikan sekeping kad kredit untuk digunakan sepanjang mereka berada di luar. Menerusi nota yang ditulis, Shima mengizinkan anak-anaknya menggunakan kad kredit berkenaan untuk membeli apa sahaja kecuali gula-gula.Perkongsian Shima di Instastory miliknya menarik perhatian ramai."Mommy (panggilan Shima) sangat sibuk hari ini. Ambil kad ini dan pergi ke taman dinosaur okay?"Awak semua boleh beli apa yang kamu mahu tetapi bukan gula-gula. "Pulang ke rumah pukul 6 petang, selamat berseronok anak-anak," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar ‘naik hantu’ keselamatan anak terabai, dakwa empat bibik culas jalankan tanggungjawab… “Ada pembantu rumah ramai pun tak guna”ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar tuntut hutang RM1.5 juta, sedia dedahkan senarai nama termasuk suami artisDalam muat naik tersebut, Shima turut berkongsi foto memaparkan sekeping kad ucapan bersama kad kredit berkenaan. Difahamkan, pelakon filem 7 Petala Cinta itu mempunyai urusan lain dan menyerahkan anak-anaknya kepada penjaga untuk keluar beriadah.Dalam hantaran sama, Shima turut berseloroh mengenai cara komunikasi mereka yang tidak bergantung kepada telefon pintar, sebaliknya menggunakan pesanan bertulis."Saya tak beri anak-anak telefon pintar. Ini cara kami berkomunikasi. Kalau tak pakai surat, kami pakai burung merpati (bergurau). Shima memberi kepercayaan kepada anak-anak untuk berbelanja."Izinkan mommy memburu impian sekejap. Jumpa nanti anak-anak," ujarnya. Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mohd Solih Toha pada April 2017.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 7, Mikhael Iman, 6, dan Harris, 3 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!