BAGI menjamin masa depan anak-anak, pengacara Uyaina Arshad mengambil pendekatan memberikan kesedaran kewangan kepada ibu bapa.Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berpandangan ibu bapa yang celik pengurusan kewangan wajar memulakan langkah awal dengan menyediakan simpanan serta perlindungan mencukupi untuk anak-anak sejak kecil. Justeru itu, Uyaina berkata dia sudah membuka akaun simpanan dan pelaburan seperti Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), Lembaga Tabung Haji serta kad perubatan untuk semua anaknya.Perkongsian Uyaina yang dimuat naik di Threads miliknya."Semua anak-anak saya ada akaun ASB, SSPN, Tabung Haji dan kad perubatan. "Kalau kita jadi ibu bapa yang celik kewangan, kita akan buat macam-macam untuk masa depan anak-anak. "Semoga yang baik-baik saja untuk anak-anak kita semua," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad tak rehat lama lepas bersalin, nekad kurus sebelum mula kerjaARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad beri amaran kepada tetamu, jangan cium bayi... Tak kisah dilabel ‘overprotective’Dalam pada itu, Uyaina turut berkongsi keterujaan apabila selesai membuka akaun Tabung Haji untuk anak bongsu yang baru berusia tiga bulan."Hari ini anak saya berusia tiga bulan. Akhirnya dapat buka akaun tabung haji dan daftar haji terus. "Saya suka sangat bila bercakap fasal pelaburan dan tabungan untuk anak-anak," ujarnya. Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 4, Raja Urayyan, 2, dan Raja Uzayn yang kini berusia tiga bulan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!