suria

Uyaina Arshad tak rehat lama lepas bersalin, nekad kurus sebelum mula kerja

Uyaina fokus kembali dengan senaman.

PELAKON dan pengacara, Uyaina Arshad tidak merancang untuk berehat terlalu lama selepas selamat melahirkan anak ketiganya pada Januari lalu.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, berkata dia kini memberi tumpuan terhadap proses pemulihan selain berusaha mendapatkan kembali berat badan ideal.

“Tidaklah berehat sangat, mungkin dua bulan sahaja sebab tahun ini ada banyak perancangan. Tapi sebelum menjayakan projek itu, saya kena kurus dahulu.

Uyaina mahu fokus dapatkan badan yang sihat.

“Lepas bersalin ini banyak perubahan yang berlaku termasuk hormon, bentuk badan, fizikal dan emosi,” katanya kepada mStar.

Menurut Uyaina, perubahan fizikal selepas bersalin seperti kenaikan berat badan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan dan sering menjadi perhatian ramai walaupun tidak diluahkan secara terbuka.

Bagaimanapun, dia tidak cepat melatah, sebaliknya memilih untuk memberi fokus kepada matlamat peribadi termasuk proses pemulihan sebelum kembali aktif bekerja.

“Saya rasa sudah tentu ada. Kalau tak cakap depan-depan pun, mesti ada yang bercakap badan saya naik. Tapi itu lumrah manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bukan nak banding siapa lebih menderita” – Uyaina tak sangka luahan ‘pejuang garis satu’ disalah tafsir

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad bersalin cahaya mata ketiga, timang anak lelaki lagi

“Apa yang penting bagaimana kita menerima perkara itu. Kita baru saja melalui perubahan yang sangat besar.

“Secara peribadi saya dah set mental untuk ‘take it slow’, tapi tetap kena ada sasaran dan matlamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uyaina turut menasihati orang ramai agar lebih menjaga sensitiviti, khususnya terhadap wanita yang baru melahirkan anak.

“Kepada orang luar sana, kalau boleh janganlah tegur berat badan naik, lagi-lagi ketika mereka sedang makan.

Sukar turunkan berat badan kerana masih menyusu atau tiada sistem sokongan yang kuat.

UYAINA ARSHAD

PENGACARA

“Hakikatnya tiada siapa tahu keadaan sebenar. Ada yang sukar turunkan berat badan kerana masih menyusu atau tiada sistem sokongan yang kuat,” katanya lagi.

Sementara itu, Uyaina turut berkongsi mengenai perancangannya bersama suami, Raja Syahiran yang menginginkan anak perempuan.

“Syahiran ada cakap dia nak anak perempuan. Sebab itu semasa pembedahan caesarean, saya tidak buat VTL (ikat peranakan) terus.

Uyaina baru lahirkan anak ketiga Januari lalu.

“Tapi semasa pembedahan, doktor tengok rahim saya masih okay, jadi tidak dilakukan. Jadi kemungkinan (miliki anak perempuan) itu masih ada,” jelasnya.

Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 4,  Raja Urayyan, 2, dan seorang bayi berusia dua bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain