suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

 Konon bakal rugi ambil Fattah Amin, El Azman tampil jawab dakwaan di Threads

El nafi Elrah alami kerugian disebabkan Fattah Amin.

USAHAWAN El Azman menafikan dakwaan perniagaan baju Melayu yang diusahakan mengalami kerugian gara-gara mengambil pelakon Fattah Amin sebagai duta. 

El yang juga pengasas jenama Elrah mendedahkan perniagaannya mencatat keuntungan berganda selepas penglibatan Fattah dan beberapa duta lain.

Antaranya adalah jaguh Muay Thai Johan Ghazali dan keluarga, penyanyi Joe Flizzow, pempengaruh media sosial Aya Balqis serta pemain bola sepak Arif Aiman.

Elrah mengalami keuntungan berganda pada tahun ini. 

"Tidak sama sekali. Kalau sebelum ini kita tengok dekat Threads ada yang cakap Elrah bakal berdepan kerugian teruk tahun ini sebab ambil Fattah Amin sebagai duta. 

"Tapi ia tidak berlaku. Elrah tahun ini mencatat keuntungan yang lebih besar berbanding tahun lalu. 

"Untuk pengetahuan, tahun ini kali pertama jualan butik kami meningkat 100 peratus sepanjang lima tahun beroperasi. Duta yang diambil ini semuanya memang hebat," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: El Azman nafi bergaduh dengan Sharnaaz Ahmad, akui hala tuju berbeza

ARTIKEL BERKAITAN: El Azman tambah koleksi kereta mewah, siap dah beli nombor plat ‘D7’

Ditanya mengenai keperibadian Fattah, El bertama aktor tersebut seorang yang baik dan mudah untuk bekerjasama. 

"Fattah ini mempunyai penyokongnya yang tersendiri. Apabila saya umum sahaja dia sebagai duta, memang ramai yang sokong dan beli baju Elrah. 

"Dia (Fattah) memang seorang lelaki yang baik. Kalau sebelum ini Elrah kena boikot, tapi disebabkan ambil Fattah, orang sudah tidak lagi boikot. 

"Memang senang bekerjasama dengan Fattah ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain