PELAKON Amir Nafis berpendapat aktiviti lumba haram di jalan raya tidak wajar dilakukan kerana boleh membahayakan nyawa.Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Nafis, 34, berkata dia memahami keseronokan menunggang pada kelajuan tinggi, namun tindakan mempertaruhkan nyawa di jalan raya bukan sesuatu yang baik. “Saya merupakan salah seorang penggemar motosikal. Saya memang faham seronoknya dapat bawa laju. Amir minta golongan mat rempit lebih berhati-hati di jalan raya. “Tetapi, apabila ada individu memilih untuk taruhkan nyawa dengan lagak ngeri yang berbahaya di atas jalan raya sebenarnya tidak berapa bagus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Malaikat Malam baru-baru ini.Dalam pada itu, Amir tidak bersetuju dengan tanggapan segelintir pihak yang melabelkan mat rempit sebagai individu bermasalah atau tiada masa depan."Ini saya tidak berapa sokong sebab ada kawan saya yang berhemah. Dia cakap lemah lembut dan saya percaya dia ada kerjaya sendiri. ARTIKEL BERKAITAN: Amir Nafis tak rasa diri selebriti, populariti bukan keutamaanARTIKEL BERKAITAN: Amir Nafis tak guna ‘cable’ masuk industri, memang ada bakat“Tak semua mat rempit jahat dan tiada masa depan. Mungkin kawan saya itu tersalah pilih dan tidak tahu mana nak cari platform yang sesuai," ujarnya. Amir turut menceritakan pengalaman membintangi filem Malaikat Malam yang disifatkan sebagai satu cabaran besar buat dirinya.Menurutnya, babak perlumbaan merupakan antara yang paling sukar untuk dijayakan sepanjang penggambaran.Amir anggap babak perlumbaan sangat sukar untuk dijayakan. "Dalam filem ini, babak aksi adalah berlumba. Kalau babak berlawan itu sedikit sahaja. "Memang mencabar kerana saya perlu berlumba. Tapi Alhamudlillah tidak ada sebarang kecederaan dialami," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube