suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amir Nafis tak guna ‘cable’ masuk industri, memang ada bakat

GARA-GARA kerap menerima tawaran membintangi filem, timbul pula dakwaan mengatakan pelakon Amir Nafis menggunakan 'cable' sebagai jalan pintas untuk mendapatkan watak.

Menolak dakwaan tersebut, Amir atau Amir Nafia Ma’arof, 33, menjelaskan peluang yang diberikan itu adalah hasil titik peluhnya sendiri dan bukan seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

“Ada juga saya baca dan dengar mengenai isu ini apabila saya dikaitkan dengan guna cable untuk dapatkan banyak job... tapi kalau betul kenapa saya tidak bekerja hanya satu produksi filem saja.

“Kelima-lima filem lakonan saya tahun ini semuanya produksi yang berbeza, istilah gunakan cable itu macam tidak boleh terima dan tidak benar dakwaan itu.

“Kalau saya menjual diri atau melacur diri kenapa saya berlakon watak jahat atau antogonis, untuk jadi anak ikan memang tidak sebab saya bekerja keras daripada dulu sehingga sekarang untuk memantapkan lagi hasil kerja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi