suria

Pak Ya makin sensitif, akui tak lagi ligat macam rakan Senario lain... “Rasa terasing bila ada show yang tak panggil saya”

Pak Ya akui dirinya berasa terasing dengan ahli Senario yang lain.

PELAWAK Ilya Buang mengakui berasa terasing apabila bersama kumpulan Senario walaupun hubungan mereka tidak pernah bermasalah.

Ilya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya, 58, berkata, perasaan yang kadangkala hadir itu mungkin disebabkan dia tidak lagi aktif seperti rakan-rakan seperjuangannya ketika membuat persembahan.

"Apabila nak buat persembahan, kadang-kadang saya risau sebab saya tak ‘seligat’ macam mereka. Kadang-kadang rasa terasing bila ada persembahan yang tidak mengundang saya, tapi saya jenis tak kisah.

Pak Ya akui dia cepat sensitif.

"Mungkin sebab saya agak pasif, kurang bercakap dan kurang buat lawak menyakat.

"Bila dah berumur, timbul macam-macam persoalan dalam diri, sesuai ke lagi saya buat lawak macam itu,"katanya kepada mStar.

Menurut Pak Ya, rakan-rakan Senario bagaimanapun tidak pernah meminggirkan dirinya sebaliknya mereka sentiasa memberi sokongan.

"Saya sekarang cepat sensitif. Bunyi seruling pun boleh buat saya menangis. Dulu tak ada apa-apa pun, mungkin faktor usia buat jiwa saya lebih lembut.

ARTIKEL BERKAITAN: Berundur dari pentas lawak, Pak Ya tukar bidang jadi mutawif... Cari kerjaya dekat dengan Tuhan

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu dedah kisah orang tak tahu, Pak Ya berhasrat buat podcast kumpul semua ahli Senario

"Anggota Senario lain selalu beri semangat. Mereka tak pernah cakap apa-apa negatif.

"Saya sendiri yang rasa begitu sebab saya dah tak larat sangat nak turun naik pentas atau kejar orang sana sini dan buat lawak menyakat orang," ujarnya.

Tambah Pak Ya, sifat suka menyakat memang lumrah bagi mana-mana pelawak termasuk kumpulan Sepahtu, namun dia kini kurang selesa dengan pendekatan itu.

"Siapa pun pelawak, salah satu perangai yang jadikan mereka pelawak adalah suka menyakat. Tapi saya dah kurang perkara macam itu. Mungkin sebab saya dah ada cucu jadi lebih penyayang, tak suka sakiti hati orang.

Senario bakal adakan konsert pada 25 April tahun depan.

"Tapi ada juga orang yang rasa ‘kurang ajar’ itu kelakar. Saya selalu cakap dengan Sepahtu pun macam itu, mereka ini kalau tak ‘kurang ajar’, tak kelakar.

"Senario pun sama, dah tua-tua pun perangai tetap macam dulu," katanya berseloroh.

Dalam perkembangan lain, Pak Ya bersama anggota Senario lain iaitu Azlee Jaafar, Saiful Apek, Yassin Yahya, Lan Pet Pet dan Wahid bakal membuat kemunculan dalam konsert mega The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun.

Konsert anjuran Dreamscape Events dan terbitan Kapla Entertainment tersebut dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 25 April tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain