suria

Enam meja gerai lempeng dicuri, Tauke Jambu doa penyangak jadi kaya

Tauke reda enam meja makan di gerainya hilang dicuri.

PELAWAK Tauke Jambu berdepan dugaan apabila enam meja di gerai lempeng RM1 miliknya di Pasir Penambang, Kuala Selangor, hilang dipercayai dicuri individu tidak dikenali.

Kata Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 49, dia terkejut apabila mendapati kesemua meja makan di premis kecilnya itu ‘lesap’ begitu sahaja.

“Meja makan saya sudah hilang, kena curi enam buah.

Perkongsian Tauke di Instastory mengenai meja gerainya dicuri.

"Aduhai, kita nak tambah meja, tapi nampak gayanya meja kita pula yang kena rembat,” katanya.

Kejadian itu dikongsikan oleh Tauke menerusi hantaran di InstaStory miliknya pada malam Rabu.

Walaupun kecewa, Tauke memilih untuk menerima ujian tersebut dengan hati terbuka dan tidak mahu memanjangkan isu. 

Malah, pelawak itu mengambil pendekatan positif dengan mendoakan agar pencuri itu diberi kehidupan lebih baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Jual lempeng RM1, ramai sokong bisnes Tauke Jambu... Nasihat artis baharu jangan hipokrit

ARTIKEL BERKAITAN: Tauke Jambu tidak sangka kedai lempeng RM1 ‘full house’, tak malu berniaga tepi jalan

“Tak mengapalah, saya doakan si pencuri itu cepat senang hidup, jadi kaya. Bila dah kaya nanti tak adalah dia mencuri lagi.

"Saya anggap semua ini sebagai tiada rezeki,” ujarnya.

Sebelum ini, perniagaan kecil-kecilan Tauke pernah tular apabila gerai lempeng RM1 yang diusahakannya mendapat perhatian ramai. 

Usaha Tauke berniaga secara sederhana dengan menawarkan harga mampu milik turut menerima banyak pujian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain