TEGURAN yang disampaikan Pencetus Ummah (PU) Riz kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang tiada tempat di dunia ini mendapat respons pelbagai pihak.Terbuka menerima setiap kecaman dan kritikan, PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 30, berkata dia hanya menjalankan tanggungjawab untuk berkongsi perkara benar. "Tujuan saya bercakap itu adalah perkara yang kita tak boleh lawan. Saya pun buat dosa, tetapi kita tidak boleh nak tunjuk atau jadikan sebagai satu pesta.Hantaran PU Riz yang mendapat respons pelbagai. "Ini bukan hak kita. Bila ada satu kelemahan jangan tunjukkan," katanya. PU Riz berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media program Mualim Muda yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu. Tambahnya teguran yang diberikan itu juga sebagai satu harapan supaya golongan tersebut dapat berubah ke arah lebih baik. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Neelofa, PU Riz jawab isu kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama… “Kami buat di hotel lima bintang, makan pun sedap” ARTIKEL BERKAITAN: Masih dihina kerana kisah karpet di Nilai, PU Riz terkesan... Dedah pernah dimalukan dalam program komediMalah dia juga yakin mereka ini perlu diberi sokongan sebelum menjadi lebih parah."Kena bantu dan sayang golongan ini. Bukannya saya beritahu di media sosial, mereka tidak boleh berubah. Perubahan mereka yang kita raikan," ujarnya. Dalam masa sama, PU Riz juga berpendapat setiap orang perlu terbuka untuk menerima teguran yang boleh membawa kebaikan. PU Riz terbuka terima kritikan. "Saya tidak komen asal boleh. Jika ada yang tidak puas hati, itu hak masing-masing. "Mungkin akan ada yang tak puas hati, tapi jika apa yang diterangkan itu benar, mereka kena terima," jelasnya. Dalam perkembangan lain, PU Riz tampil sebagai pengacara dalam program terbaharu berjudul Mualim Muda yang bakal memulakan siaran di Astro Oasis dan Astro Prima bermula 19 Disember. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!