suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berundur dari pentas lawak, Pak Ya tukar bidang jadi mutawif... Cari kerjaya dekat dengan Tuhan

HAMPIR 30 tahun berada dalam industri hiburan, pelawak Ilya Senario memberitahu dia bakal beralih bidang menjadi seorang mutawif tidak lama lagi.

Ilya atau lebih mesra disapa Pak Ya berkata, dia sudah lama memasang impian menjadi seorang mutawif namun rezeki itu belum kesempaian susulan jadual kerja seninya yang padat.

“Penghujung usia saya saat ini mungkin nak cari kerjaya dekat dengan Allah serta agama, lepas ini akan berubah angin menjadi seorang mutawif atau pemimpin haji.

“Sekarang ini saya sedang berkursus untuk menjadi seorang mutawif dan insyaAllah pada bulan Disember ini akan ada trip pertama ke Makkah kemudian kalau lulus ujian saya akan terus bekerja dengan sebuah syarikat ini.

“Saya dah fikir lama namun peluang masih belum dapat dan bila dapat peluang ini tak fikir banyak terus terima tawaran ini, sampai bila saya nak melawak kan... mungkin lepas ini akan melawak juga cumanya cara yang berbeza,” kata Pak Ya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi